Perbezaan antara semakan "Parti Gerakan Rakyat Malaysia"

gerakan 2020
(gerakan 2020)
(gerakan 2020)
Pada 13 September 2020, Presiden Nasional Parti GERAKAN Rakyat Malaysia, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah menyatakan hasrat GERAKAN untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Sdr. Dr. Dominic Lau, hasrat ini telah dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN dan dipersetujui semua ahli jawantankuasa pusat pada bulan Mei yang lepas. GERAKAN akan mengaturkan perbincangan dan langkah-langkah yang berkaitan dengan PN berhubung dengan hasrat parti dalam menyertai perikatan. Selain itu, GERAKAN telah melancarkan penjualan kuih bulan di Teluk Intan, Perak yang bertemakan ‘Demi Rakyat’. Kempen tersebut dijalankan untuk mengumpul dana bagi golongan miskin yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19. GERAKAN telah menggunakan dana yang dikumpul untuk membeli keperluan harian seperti beras kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bukan itu sahaja, GERAKAN dapat meneruskan warisan dan kebudayaan masyarakat Cina melalui penjualan kuih bulan. Sebagai parti yang tidak mengira perbezaan kaum, GERAKAN amat menekankan kepentingan perayaan setiap kaum. Oleh itu, GERAKAN berharap kempen seperti ini dapat menyampaikan kepentingan perayaan kuih bulan kepada rakyat khususnya golongan belia yang bekerja di bandar. Sekotak kuih bulan dijual pada harga RM22 sahaja.
 
Pada 20 September 2020, GERAKAN bersama Institut SEDAR telah mengadakan forum “Sambutan 50 Tahun Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan Memupuk Perpaduan Rakyat Sejahtera” di Menara PGRM Kuala Lumpur. Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempengerusikan forum tersebut. Antara intipati utama forum tersebut adalah ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tayangan video ucapan yang menekankan kepentingan prinsip Rukun Negara yang disertai dengan perpaduan yang kukuh serta rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Forum itu membincangkan bagaimana sifat keagamaan dapat membina perpaduan dan keharmonian dalam diri rakyat Malaysia. Forum tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Dr. Edmund Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Antara panel jemputan yang memberi pandangan, intepretasi dan penerangan berhubung aspek Rukun Negara dari perspektif keagamaan adalah S.S Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (Mufti Negeri Perlis), Gowri PS Tangaya (Penolong Setiausaha Malaysia Hindu Sangam), Archbishop Julian Leow Beng Kim (Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia), Daozhang Tan Hoe Chieow (Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia) dan Venerable Sing Kan (Ketua Jabatan dan Amal Persatuan Buddhist Malaysia).  
 
Pada 23 September 2020, Sdr. Phuan Er Cheng yang merupakan pengerusi bahagian bagi GERAKAN Jempol, Negeri Sembilan telah mengambil alih jawatan sebagai ketua kampung di Jempol dan merupakan satu-satunya ketua kampung berketurunan Cina di Jempol. Sdr. Phuan Er Cheng menerima surat dari YB. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bertugas sebagai ketua kampung di Ladang Geddes Bahagian D, Jempol. Pelantikan ini amat bermakna kerana setelah kekalahan GERAKAN di pilihanraya umum ke-14, GERAKAN telah keluar dari Barisan Nasional dan tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, dan kini melalui kerajaan Perikatan Nasional, GERAKAN telah diamanahkan untuk mengetuai kampung tersebut dengan pelantikan ini.
 
== Barisan kepimpinan ==
26

suntingan