Lojing: Perbezaan antara semakan

4 bait ditambah ,  1 tahun lalu
==Penghutanan Tanah Tinggi Lojing==
[[Fail:Jambatan di Lojing.jpg|thumb|right|250px|[[Jambatan]] di Lojing]]
Syarikat Telemont Group telah diberi kontrak untuk menjalankan aktiviti [[penghutanan semula]] dan biotet intregrasi di kawasan Lojing semenjak tahun 2002. Sehingga tahun 2007 syarikat Telemont ini telah menanam 3,380,000 batang pokok jati, 600,000 batang pokok [[mahogani]] dan 1,400,000 batang pokok [[karas]] di kawasan seluas 900 hektar. Pengarah Telemont Group ialah Datuk Peter Khoo Tai Chong. Program penghutanan semula pokok ini mendapat kerjasama dan penyeliaan dari [[Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia]] (FRIM) di [[Kepong]], [[Selangor]]. Lebih 20 juta batang pokok telah ditanam di kawasan Lojing dalam tempoh 4 tahun.
 
Pada tahun 2007, Syarikat Telemont Group dengan kerjasama [[Lembaga Industri Perkayuan Malaysia]] dan Forest Plantation Sdn Bhd telah menanam pokok [[getah]] yang juga menyumbang kepada ekonomi tempatan. Aktiviti penghutanan semula giat dilakukan pada aras 500 m dan 300 m dari aras laut.