Ghost: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 49:
;Zack Imran ([[Nazrudin Rahman]]):Pelakon filem terkenal yang ditemui mati dalam satu kemalangan yang amat dahsyat sehingga mayatnya teruk terbakar. Namun begitu, Zack yang hanya tinggal roh percaya bahawa dia sebenarnya dibunuh lalu mayatnya dimasukkan dalam kereta yang ditimpa kemalangan itu. Hantu ini terikat dengan Eza lalu berharap pada Eza agar membantu Zack menyelesaikan misteri di sebalik kematiannya. Kebolehan Zack menyentuh dan menggerakkan objek pendam sehingga apabila menyelamatkan Eza daripada serangan penyangak.<ref name="ep1">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&TemplateID=1 Episod 1 ''Ghost'']</ref><br>Zack julung kali menaikkan namanya sekitar tahun 2005 apabila memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Skrin tahun itu.<ref name="ep3">[http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=242&ShowID=261&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=6856&VideoID=6279 Episod 3 ''Ghost'']</ref> Zack sering menunjukkan sifat kaki perempuannya kerana bercakap besar mengenai nafsu berahinya dan kelihatan suka hati memasuki tandas perempuan setelah menjadi hantu.
 
;Eza ([[Cheryl Samad]]):Seorang wartawan majalah yang terikat dengan roh Zack dan satu-satunya manusia bernyawa yang dapat melihat roh itu setakat ini. Di rumahnyalah roh Zack bertempat sementara misterinya belum selesai. Oleh sebab digesa oleh Zack, Eza perlu memainkan peranan detektif dengan banyak melawat rumah kenalan-kenalan Zack dan menempuhi ancaman terhadap nyawa diri semata-mata untuk mendapatkan segala kepastian demi artis kesayangannya.
 
;Maria Zainal:Suspek utama di sebalik apa yang didakwa sebagai pembunuhan Zack. Ini menjadi nyata di episod 4 apabila Eza menerima sepucuk surat untuk Zack dari Maria. Muka Maria tidak kelihatan setakat ini, badannyaberbadan gemuk dan dia pernah bekerja di sebuah hotel di mana Zack selalu tidur bersama wanita berlainan. Mukanya tidak kelihatan oleh penonton sehingga episod 5, apabila dia menyamar sebagai "Susan Voon" untuk menyertai peraduan palsu yang dicadangkan Eza, lalu dirinya mengumpan Eza ke rumahnya dan mengerjakannya.<ref name="ep5"> Selain itu, dia juga mencurahkan asid ke arah semua perempuan yang pernah tidur bersama Zack dengan perasaan dendam.<ref name="ep4"/>
 
;Jimmy Rozario ([[Reefa]]):Pengurus Zack Imran ketika Zack masih ada. Dalam berita, dia diumumkan mewarisi harta syarikat Zack selepas kematian Zack.<ref name="ep1"/> Semenjak kematian Zack, Jimmy telah berusaha mencari bakat baru untuk menyertai jagaannya, tetapi pada masa yang sama, kelihatan serba murung dan tidak tenang. Rumahnya selalu dihantui roh Zack yang tidak tenteram menunggu jawapan di sebalik kematiannya. Jimmy kelihatan mungkin bersubahat dengan Maria apabila menelefon Maria di episod 5.<ref name=ep5/>
 
;Julie Chua ([[Carmen Soo]]):Rakan baik Eza dan seorang peragawati berharap di dunia permodelan tempatan. Hidupnya menjadi huru-hara apabila teh yang diberi agen barunya dibubuhi ubat tidur.<ref name="ep5">Episod 5 ''Ghost''.</ref> Kisah hidup Julie sepanjang siri ini seolah-olah tiada kena-mengena dengan misteri kematian Zack setakat ini.
 
===Watak sampingan===