Proton Saga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg: Suntingan sumber 2017
AdyXfac30 (bincang | sumb.)
Tambah kamdungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47:
'''Proton Saga''' telah dilancarkan pada Julai 1985 oleh Tun Dr. [[Mahathir bin Mohamad]], [[Perdana Menteri Malaysia]] dan [[Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak]] ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar<ref>
{{cite news |last=|first= |date=13 Januari 2018|title=
Pencipta Nama 'Proton Saga' Meninggal Dunia|url=https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/01/13/pencipta-nama-proton-saga-meninggal |url-status= |work=[[mSTAR]] |location= |archive-url=https://web.archive.org/web/20210126161730/https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/01/13/pencipta-nama-proton-saga-meninggal |archive-date=27 Januari 2021 |access-date=27 Januari 2021}}</ref>, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana [[biji saga]] amat mudah didapati di Malaysia.Tetapi macam tak membawa sebarang maksud signifikan, bukan?
 
Keduanya, maksud dan nama Saga ialah era atau zaman, dimana era Proton muncul sebagai pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia. Ia juga sedikit-sebanyak merevolusikan pembangunan industri negara kita.
 
Tetapi sebenarnya, kedua-dua teori atau tekaan di atas tidak betul. Saga sebenarnya membawa maksud Safety, Achievement, Greatness, Ability = S.A.G.A.
 
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian [[Jambatan Pulau Pinang]] pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin [[SOHC]] 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh [[Mitsubishi]] dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian [[transmisi automatik]] hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi [[hatchback]] pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.