Bukan Cinta Aku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Penambahan perkataan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Penambahan perkataan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55:
 
== Sinopsis ==
Mengisahkan RaniaRiana, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. RaniaRiana telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan RaniaRiana jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta RaniaRiana kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga RaniaRiana. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa RaniaRiana.
 
Suatu hari, RaniaRiana sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu RaniaRiana merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga RaniaRiana sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan RaniaRiana kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa RaniaRiana sudah ada rancangan lain untuk RaniaRiana. Mereka ingin menjodohkan RaniaRiana dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, RaniaRiana membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.
 
RaniaRiana lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. RaniaRiana membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.
 
Malangnya, perhubungan antara RaniaRiana dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa RaniaRiana. Mereka kecewa kerana RaniaRiana mengkhianati kepercayaan mereka. RaniaRiana telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara RaniaRiana dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, RaniaRiana tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani RaniaRiana dengan baik, memenuhi segala permintaan RaniaRiana tetapi dia tidak mampu membuatkan RaniaRiana untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta RaniaRiana?
 
== Pelakon ==