Wakil rakyat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Wakil Rakyat''' adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya atau ''constituency''. Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat dikawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan [[undang-undang]].
 
Gelaran bagi seseorang '''wakil rakyat''' ialah [[Yang Berhormat]] atau [[YB]], yakni sama seperti [[senator]] juga. Seseorang '''wakil rakyat''' mungkin seorang [[Ahli Dewan Undangan Negeri]] ([[ADUN]]) atau [[Ahli Parlimen]]. '''Wakil rakyat''' menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat (di [[Parlimen]]).
 
Suatu ketika dahulu terdapat kecenderongan untuk menterjemahkan maksud '''YB''' daripada Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Namun setakat mana kejayaan usaha tersebut tidak dapat dipastikan.
 
Pada [[Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12]], sebanyak [[222]] kerusi Parlimen dan [[505]] kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh negara (tidak termasuk Sarawak yang mengadakan pilihan raya kerajaan negerinya secara berasingan). Hal ini bermakna selepas keputusan pilihan raya tersebut diketahui, Malaysia akan mempunyai [[727]] orang '''wakil rakyat' baru (tidak termasuk [[Sarawak]]).