Dinasti Lê: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 39:
 
Dinasti ini ditubuhkan secara rasmi pada 1428 dengan pertabalan [[Lê Lợi]] setelah mengusir [[Dinasti Ming|tentara Ming]] dari Vietnam. Pada 1527, [[Dinasti Mạc]] mengambil alih takhta, tetapi Dinasti Lê dipulihkan pada tahun 1533 meskipun masih perlu bersaing untuk mendapatkan kekuasaan dengan Dinasti Mạc dalam tempoh yang dikenal sebagai zaman [[Dinasti Utara dan Selatan (Vietnam)|Dinasti Utara dan Selatan]]. Maharaja Lê yang dipulihkan tidak memiliki kuasa yang nyata, dan pada saat dinasti Mạc hanya terbatas sebagai suatu wilayah kecil pada tahun 1592 dan akhirnya dikalahkan pada 1677, kekuasaan yang sebenar ada pada tangan [[penguasa Nguyễn]] di selatan dan penguasa Trịnh di utara, dan kedua-keduanya memerintah atas nama Maharaja Lê sambil saling bertarung. Pemerintahan mereka secara berakhir pada 1788, ketika pemberontakan petani bersaudara [[Dinasti Tây Sơn|Tây Sơn]] mengalahkan kedua-dua pihak Trịnh dan Nguyễn, secara ironinya dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa dinasti Lê.
 
== Penubuhan ==
{{main|Lê Lợi}}
Penubuh dinasti Lê ialah seorang pahlawan Vietnam, [[Lê Lợi]] (memerintah 1428-1433). Lê Lợi ialah seorang putera seorang pemimpin desa di [[Provinsi Thanh Hóa]], provinsi paling selatan Vietnam ketika itu. Ketika diputerakan, Vietnam merdeka dan berada di bawah kekuasaan [[Dinasti Trần]]. Namun, kuasa Trần beransur lemah selepas beberapa dekad dan kuasa China di utara sekarang bersatu di bawah pemerintahan [[Dinasti Ming]] (di bawah [[Maharaja Hongwu]]). Di bawah [[Maharaja Yongle]], kuasa China berjaya menakluki dan memerintah Vietnam pada 1407, dan mencuba mengubah Vietnam sebagai tanah naungan Ming.
 
Lê Lợi memulakan [[Pemberontakan Lam Sơn|pemberontakan melawan penguasa Ming]] pada 1418. Pemberontakan ini berlangsung selama 10 tahun, dan banyak terjadi pertumpahan darah dan banyak kekalahan. Namun, China secara lama-kelamaan dikalahkan dan akhirnya Lê Lợi menang. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Vietnam baharu, dan menamakan dirinya sebagai Lê Thái Tổ (Maharaja Pendiri), dan diakui oleh [[Maharaja Xuande]] di China. Namun begitu, setelah lima tahun di atas takhta, Lê Lợi jatuh gering dan mangkat.
 
== Rujukan ==