Kata pemeri: Perbezaan antara semakan

53 bait ditambah ,  2 tahun lalu
Polar (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Polar (bincang | sumb.)
Baris 48:
Terdapat perbezaan diantara penggunaan ialah dengan adalah. Sebagai contoh, perhatikan ayat (1) yang berikut:
 
:(1) Putra JayaPutrajaya '''ialah''' pusat pentadbiran baru Malaysia.
 
Dalam ayat (1), frasa “Putra Jaya”“Putrajaya” ialah subjek ayat manakala frasa “pusat pentadbiran baru Malaysia” ialah predikat ayat. Kedua-duanya (subjek dan predikat) dipisahkan oleh kata pemeri ialah. Sebenarnya, kehadiran kata pemeri dalam ayat seperti (1) hanya bersifat pilihan. Dengan kata lain, tanpa kehadiran ialah ayat (1’) yang dijana tetap gramatis.
 
:(1’) Putra JayaPutrajaya pusat pentadbiran Malaysia.
 
Bagaimanapun, bagi ayat yang lebih panjang, kehadiran kata pemeri dapat membantu meningkatkan kefahaman kerana pemisahan antara subjek dengan predikat ayat adalah lebih jelas.
 
:(2) Putra JayaPutrajaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia '''ialah''' pusat pentadbiran baru negara ini.
 
:(2’) Putra JayaPutrajaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia pusat pentadbiran baru negara ini.
 
Maksud ayat (2) lebih jelas berbanding ayat (2’) kerana kehadiran kata pemeri ialah menyebabkan pemisahan yang nyata antara subjek ayat (Putra JayaPutrajaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia) dengan predikat ayat (pusat pentadbiran baru negara ini). Ketiadaan kata pemeri ialah dalam (2’) menyebabkan pemisahan tersebut menjadi agak kabur.
 
Kesalahan yang sering dilakukan dalam penggunaan kata pemeri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang sepatutnya menggunakan kata pemeri ialah, atau sebaliknya. Dengan kata lain, kesalahan menukar ganti penggunaan kata pemeri tersebut dengan sewenang-wenangnya. Kedua, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang tidak sepatutnya menggunakan sebarang kata pemeri.
Baris 66:
Contoh kesalahan jenis pertama terlihat dalam ayat (3) sementara contoh kesalahan jenis kedua terlihat dalam ayat (4).
 
:(3) *Putra JayaPutrajaya '''adalah''' pusat pentadbiran baru Malaysia.
:(4) *Tuan-tuan '''adalah''' dijemput menghadiri majlis ini.
 
Ayat (3) dan (4) tidak gramatis kerana penggunaan kata pemeri adalah. Ayat pertama berstruktur FN + FN (subjek ayat “Putra Jaya”“Putrajaya” ialah FN ([[frasa nama]]) dan predikat ayat “pusat pentadbiran Malaysia” juga FN). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, penggunaan kata pemeri yang gramatis ialah. Ayat kedua pula berstruktur FN + FK (subjek ayat “tuan-tuan” ialah FN dan predikat ayat “dijemput menghadiri majlis ini” ialah FK ([[frasa kerja]])). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, kata pemeri tidak boleh digunakan.
 
Kata pemeri adalah digunakan dalam dua keadaan, iaitu di dalam ayat yang berstruktur FN + FA ([[frasa adjektif]]) dan FN + FSN ([[frasa sendi nama]]). Contoh penggunaannya adalah seperti ayat (5) dan (6) yang berikut:
 
:(5) Penubuhan Putra JayaPutrajaya sebagai pusat pentadbiran baru negara ini '''adalah''' amat dialu-alukan.
 
:(6) Kediaman rasmi Perdana Menteri '''adalah''' antara bangunan utama di Putra JayaPutrajaya.
 
Ayat (5) berstruktur FN + FA (subjek ayat “penubuhan Putra jaya”Putrajaya” ialah FN dan predikat ayat “amat dialu-alukan” ialah FA). Ayat (6) pula berstruktur FN + FSN (subjek ayat “kediaman rasmi Perdana Menteri” ialah FN dan predikat ayat “antara bangunan utama di Putra Jaya”Putrajaya” ialah FSN). Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah adalah gramatis.
 
Perlu juga dijelaskan bahawa sekiranya sesuatu ayat disongsangkan, penggunaan kata pemeri tidak berubah walaupun struktur zahir ayat telah berubah. Sebagai contoh, sekiranya ayat (6) disongsangkan, ayat yang terjana adalah seperti (6’) yang berikut:
 
:(6’) Antara bangunan utama di Putra JayaPutrajaya '''adalah''' kediaman rasmi Perdana Menteri.
 
Perhatikan bahawa penyongsangan ayat seperti ini tidak mengubah penggunaan kata pemeri adalah walaupun struktur zahir ayat (6’) ini ialah FSN + FN.
Baris 87:
Seterusnya, dalam ayat berstruktur FN + FK yang kata kerja dalam FKnya digugurkan, penggunaan kata pemeri adalah tetap dianggap melanggar rumus walaupun pada zahirnya ayat itu berstruktur FN + FSN. Sebagai contoh, ayat (7) yang dijana adalah tidak gramatis.
 
:(7) *Encik Hassan '''adalah''' di pejabatnya.
 
Walaupun ayat (7) pada zahirnya berstruktur FN + FSN (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “di pejabatnya” ialah FSN), penggunaan kata pemeri adalah menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata kerja “berada”) ialah FN + FK.
 
:(7’) *Encik Hassan '''adalah''' berada di pejabatnya.
 
Ayat (7’) berstruktur FN + FK (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “berada di pejabatnya” ialah FK).
Baris 97:
Begitu juga, dalam ayat berstruktur FN + FN yang predikatnya terdiri daripada FK yang berfungsi sebagai FN, penggunaan kata pemeri ialah dianggap tidak melanggar rumus. Sebagai contoh, ayat (8) yang dijana adalah gramatis.
 
:(8) Kegemaran Sarah '''ialah''' berjoging.
 
Walaupun ayat (8) pada zahirnya berstruktur FN + FK (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “berjoging” ialah FK), penggunaan kata pemeri ialah tidak menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata nama “aktiviti”) ialah FN + FN.
 
:(8’) Kegemaran Sarah '''ialah''' aktiviti berjoging.
 
Ayat (8’) berstruktur FN + FN (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “aktiviti berjoging” ialah FN).
52,740

suntingan