Perbezaan antara semakan "Iceland"

2,365 bait ditambah ,  5 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
==Sejarah==
{{utama|Sejarah Iceland}}
 
== Geografi ==
Iceland terletak di persimpangan Atlantik Utara dan lautan Arktik. Pulau utama terletak di selatan dari Lingkar Arktik, yang merangkumi pulau Iceland kecil; Grímsey melepasi pantai utara pulau utama. Negara ini terletak di antara garis lintang 63 dan 68°N, dan bujur 25 dan 13°W.
 
Iceland terletak lebih dekat ke daratan semenanjung Eropah daripada daratan benua Amerika Utara; maka dengan demikian, pulau ini umumnya termasuk dalam Eropah kerana alasan sejarah, politik, budaya, dan amalan. Secara geologinya, pulau ini termasuk bahagian dari kedua lempengan benua. Daratan yang terdekat dengan Iceland adalah Greenland (290 km). Manakala daratan yang terdekat dengan semenanjung Eropah adalah Kepulauan Faroe (420 km); Pulau Jan Mayen (570 km); Shetland dan Hebrides Luar, keduanya sekitar 740 km; dan daratan Scotland dan Orkney, keduanya sekitar 750 km. Semenanjung Norway pula berkedudukan pada jarak sekitar 970 km.
Kepelbagaian lanskap Iceland.
Iceland adalah pulau ke-18 terbesar di dunia, dan pulau kedua terbesar di Eropah setelah kepulauan British. Luas pulau utama sebesar 101.826 km persegi, tetapi luaran keseluruhan negara Iceland adalah 103.000 km persegi, yang 62.7% merupakan tundra. Sekitar 30 pulau-pulau kecil berada di Iceland, termasuk Grímsey dan kepulauan Vestmannaeyjar. Tasik dan glesier menutupi 14.3% dari permukaannya; hanya 23% yang tanah subur. Tasik terbesar adalah takungan air Þórisvatn: 83–88 km persegi dan Þingvallavatn: 82 km persegi; tasik penting lainnya termasuk Lagarfljot dan Mývatn. Jökulsárlón adalah tasik terdalam, dengan kedalaman 248 meter.
 
kebanyakan fyord berada di sepanjang garis pantai Iceland, yang juga di mana terletak sebahagian besar kawasan penempatan. Isi pulau, Dataran Tinggi Iceland, adalah kombinasi kawasan berpasir, pegunungan, dan lahar yang membuatkannya tidak boleh dihuni. Kota-kota besar utama adalah ibu negara Reykjavík, bersama dengan bandar-bandar seperti Kópavogur, Hafnarfjörður, dan Garðabær, Reykjanesbær di mana lapangan terbang anatarabangsa terletak, dan bandar Akureyri di Iceland. Pulau Grímsey dilingkari Arktik merupakan tempat penempatan terutara Iceland, sedangkan Kolbeinsey merupakan titik paling utara Iceland.
 
Iceland memiliki tiga taman negara. Taman Negara Vatnajokull, Taman Negara Snaefellsjokull, dan Taman Negara Þingvellir.
 
==Rujukan==
168

suntingan