Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Pemantapan bhgn 2
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 46:
}}
 
'''Perang Dunia Kedua''' ('''Perang Dunia Ke-2''' atau '''Perang Dunia II''') ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua [[Kuasa dunia|kuasa besar]] yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu [[Kuasa Bersekutu]] dan [[Kuasa Paksi]]. Dalam keadaan [[perang total|perang menyeluruh]], ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang [[anggota tentera]] dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh [[Pembasmian kaum|genosid]] (termasuk [[Holokus]]), [[pembunuhan beramai-ramai]], [[kebuluran]] dan [[penyakit]]. Pesawat udara turut memainkan peranan besar dalam perang ini, meliputi [[pengeboman strategik]] terhadap pusat penduduk serta pembangunan [[senjata nuklear]] dalam perang; hanya dua penggunaannya di dalam perang tersebut. ContohnyaBahkan, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara [[Jerman]] terhadap [[Poland]] pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir ialah [[Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki|serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki]] di [[Jepun]] pada Ogos 1945.
 
Peperangan ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman, Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia yang membawa kepada [[Perang Dingin]]. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang berskala besar dan membinasakan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.