Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 38:
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah ditubuhkan pada 1968. Antara usaha yang dilakukan oleh Parti Gerakan adalah berusaha membentuk sebuah Negara bernama Malaysia diwarnai oleh keharmonian masyarakat majmuk, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi, demokrasi berpolitik dan liberalisme budaya. Gerakan percaya dan yakin dalam penggunaan strategi yang pragmatik dan pendekatan yang bukan berteraskan satu kelompok masyarakat dan bersiap sedia komited kepada niat-niat murni.
 
=== 1968 - 1972: Tahun- tahun Awal ===
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah dibentuk pada 24 Mac 1968. 6 pengasas parti ini adalah Professor [[Syed Hussein Alatas]] dari Universiti Singapura; Dr. David [[Tan Chee Khoon]], Ahli Parlimen Batu, Selangor dan bekas ketua Parti Buruh; Dr. J.B.A. Peter, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Dr. [[Lim Chong Eu]], Ahli Parlimen Tanjung, Pulau Pinang dan bekas Presiden Parti Demokratik Bersatu (UDP); Profesor Wang Gungwu dari Universiti Malaya, dan V. Veerapan, seorang peguam dan bekas pemimpin Parti Buruh.
 
Baris 140:
 
Antara kemuncak agenda parti pada bulan Jun, termasuklah penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, YB. A. Sivasubramaniam ke dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada 26 Jun. Berikutan dengan penyertaannya, Gerakan kini mempunyai satu kerusi DUN di Perak. Sebagai nota tambahan, pada bulan Mac yang lalu, YB. A Sivasubramaniam telah keluar dari DAP untuk menjadi wakil bebas dan diikuti dengan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan.
 
 
Salah satu ideologi Parti GERAKAN Rakyat Malaysia adalah untuk membasmi gejala korupsi dan tanggal 9 Julai 2020, GERAKAN telah melancarkan petisyen berkenaan dengan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang untuk mengumpul tandatangan orang ramai terutamanya penduduk Pulau Pinang. GERAKAN meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan perkembangan projek terowong dasar laut dan semua butiran kos yuran yang berkaitan dengan projek berkenaan. Pengerusi GERAKAN Negeri Pulau Pinang, Sdr. Oh Tong Keong mendakwa bahawa projek yang bernilai RM6.3 bilion itu tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang, sebaliknya hanya kepada syarikat yang menguruskan projek terowong itu. Setelah hampir sebulan petisyen itu dimulakan dan ditandatangani lebih 1000 orang, GERAKAN telah mengemukakan memorandum bantahan terhadap terowong dasar laut kepada Kerajaan Pulau Pinang pada 4 Ogos 2020. Sdr. Dr Kiew Hen Cheong, Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti GERAKAN negeri, menegaskan bahawa GERAKAN bukan sengaja untuk menolak sebarang pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri tetapi tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Mereka mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya memberi penjelasan dengan secepat mungkin memandangkan projek ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat.
Baris 158 ⟶ 157:
Pada 20 September 2020, GERAKAN bersama Institut SEDAR telah mengadakan forum “Sambutan 50 Tahun Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan Memupuk Perpaduan Rakyat Sejahtera” di Menara PGRM Kuala Lumpur. Presiden Nasional GERAKAN, Sdr. Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempengerusikan forum tersebut. Antara intipati utama forum tersebut adalah ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tayangan video ucapan yang menekankan kepentingan prinsip Rukun Negara yang disertai dengan perpaduan yang kukuh serta rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Forum itu membincangkan bagaimana sifat keagamaan dapat membina perpaduan dan keharmonian dalam diri rakyat Malaysia. Forum tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Dr. Edmund Santhara Kumar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Antara panel jemputan yang memberi pandangan, intepretasi dan penerangan berhubung aspek Rukun Negara dari perspektif keagamaan adalah S.S Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (Mufti Negeri Perlis), Gowri PS Tangaya (Penolong Setiausaha Malaysia Hindu Sangam), Archbishop Julian Leow Beng Kim (Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia), Daozhang Tan Hoe Chieow (Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia) dan Venerable Sing Kan (Ketua Jabatan dan Amal Persatuan Buddhist Malaysia).  
 
Pada 23 September 2020, Sdr. Phuan Er Cheng yang merupakan pengerusi bahagian bagi GERAKAN Jempol, Negeri Sembilan telah mengambil alih jawatan sebagai ketua kampung di Jempol dan merupakan satu-satunya ketua kampung berketurunan Cina di Jempol. Sdr. Phuan Er Cheng menerima surat dari YB. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bertugas sebagai ketua kampung di Ladang Geddes Bahagian D, Jempol. Pelantikan ini amat bermakna kerana setelah kekalahan GERAKAN di pilihanraya umum ke-14, GERAKAN telah keluar dari Barisan Nasional dan tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, dan kini melalui kerajaan Perikatan Nasional, GERAKAN telah diamanahkan untuk mengetuai kampung tersebut dengan pelantikan ini.
 
=== 2021 - kini: Parti Perikatan Nasional ===
 
[[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] telah diterima sebagai parti komponen baharu Parti Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional. Pengerusi Parti Perikatan Nasional, [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di [[Perdana Putra]] kepada Presidennya, [[Dominic Lau Hoe Chai]] pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan [[Tahun Baru Cina]].<ref>[https://www.astroawani.com/berita-politik/gerakan-diterima-sertai-perikatan-nasional-282477 Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional]</ref>
 
== Barisan kepimpinan ==