Perbezaan antara semakan "4U2C"

555 bait ditambah ,  8 bulan lalu
Kemaskini.
(Pengemasan.)
(Kemaskini.)
 
=== Penubuhan ===
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai [[AC Mizal]]) <ref>Haryati Karim (11 Februari 2010). ''[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm Hilangnya band pop Malaysia]'', "Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan...", [[Kosmo!]]. Diambil 12 Januari 2011.</ref> bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).
 
Pertemuan dengan penerbit Man Senoi dan isterinya Ramziah Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).
Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album, telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industri muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.
 
Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/334195/album-sulung-4u2c-berjaya|title=Album sulung 4U2C berjaya|author=Rosmin Darus|publisher=[[Berita Harian]]|date=14 November 1992|accessdate=19 Februari 2020}}</ref> Lagu “[[Fiona (lagu 4U2C)|Fiona]]” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Lagu "Video Game" dicipta berikutan pada waktu itu permainan mesin arked permaina video di pusat hiburan keluarga menjadi permainan kegilaan remaja di seluruh Malaysia, Berikutan sambutan album pertama yang amat baik, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian]] 1993.
 
Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas album tersebut diterbitkan. Pada 10 April, kumpulan ini mengadakan Konsert Aidilfitri 4U2C di Life Centre KL.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/305597/4u2c-janjikan-kelainan|title=4U2C janjikan kelainan|publisher=[[Berita Harian]]|date=3 April 1993|accessdate=19 Februari 2020}}</ref>
 
=== 1994–1995: Penguasaan genre Rap ===
 
[[Kategori:Kumpulan pop Malaysia]]
[[Kategori:Kumpulan hip hop Malaysia]]
[[Kategori:Kumpulan padu suara Malaysia]]
[[Kategori:Kumpulan muzik ditubuhkan pada tahun 1992]]