Norlela (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
→‎Ringkasan: menukar nama kerajaan (Zamin Tauran)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
==Ringkasan==
{{spoiler}}
Mengisahkan kisah percintaan di timur tengah antara Norlela, ([[Murni Sarawak]]) dan Putera Amran, ([[Aziz Jaafar]]). Norlela bekerja sebagai penghibur di istana. Raja, ([[S. Kadarisman]]) telah menitahkan agar Amran dikahwinkan dengan Puteri Faridah, ([[Sarimah]]) dari kerajaan TadingZamin NauratTauran. Amran tidak bersetuju dan Raja telah murka dengan keputusan Amran. Sementara itu, akibat kecewa dipermainkan, Raja Tading Naurat iaitu Sultan Abdul Hamid, ([[M. Rafiee]]) menitahkan agar Panglima Badrul Hisham ([[Salleh Kamil]]) menyerang kerajaan itu, tetapi dihalang oleh Badrul Hisham. Dia menyarankan agar Faridah berkahwin dengan ayahanda Amran. Selepas ditabalkan menjadi Sultanah, dia perlu mempengaruhi Raja dan apabila baginda telah mangkat kelak, semestinya Amran tidak diangkat menjadi Raja yang baharu. Disitulah kerajaan TadingZamin NauratTauran akan menakluk kerajaan tersebut. Faridah bersetuju untuk menjadi Sultanah di kerajaan sana. Selepas sempurna majlis perkahwinan tersebut, Faridah teringin sangat berjumpa dengan Amran tetapi dia sudah pergi keluar dari istana terlebih dahulu. Mereka bertemu jua di santapan malam istana. Faridah begitu terpesona dengan wajah Amran walaupun Amran tidak berasa selesa dengan kehadiran Faridah. Faridah telah berpakat dengan Abdi yang merupakan pengawal kepada Amran,(lakonan [[Kuswadinata]]) untuk menggoda Amran secara halus.
 
Amran dan Norlela bernikah secara senyap-senyap. Faridah pula telah mengarahkan para pengawal istana sentiasa mengawasi pergerakkan Amran apabila dia pulang ke istana nanti. Amran pulang juga ke istana tetapi dia telah dikurung disetiap sudut istana oleh pera pengawalnya. Faridah telah memukau Amran sehingga dia jatuh sakit. Raja mengarahkan agar Norlela menyanyikan lagu kegemaran Amran supaya Amran sihat semula. Amran tersedar jua tetapi dia menjadi hilang ingatan. Norlela memberitahu Raja yang dia telah bernikah dengan Amran. Tetapi Amran yang terpinga-pinga membuatkan Raja tidak mempercayai kata-kata Norlela. Dia akhirnya dihalau dari istana. Rumahnya juga telah dibakar dan dikhuatiri telah terkorban. Abdi telah menyelamatkan Norlela dan diserahkan kepada pengawal Omar, ([[Omar Suwita]]). Amran yang masih hilang kewarasan akal sering digoda oleh Faridah namun Amran tidak pernah melayan layanan mesra tersebut.