Penjana termoelektrik radioisotop: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aimwin66166 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Aimwin66166 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 5:
 
RTG telah digunakan sebagai sumber kuasa dalam satelit, prob angkasa, dan fasiliti terpencil seperti rumah api Soviet di dalam garisan arktik. RTG biasanya merupakan punca kuasa terbaik untuk keadaan tanpa pemantauan yang hanya memerlukan beberapa ratus watt(atau kurang) tenaga untuk tempoh masa yang terlalu lama untuk bateri, penjana atau sel bahan api untuk menjana secara ekonomikal dan dimana sel suria tidak praktikal. Keselamatan penggunaan RTG memerlukan penyimpanan radioisotop lama selepas jangka masa produktif unit ttersebut. Kos yang diperlukan untuk RTG menghadkan kegunaannya untuk keperluan khas.
 
== Rekabentuk ==
Rekabentuk RTG amat mudah bagi standard teknologi nuklear, dimana komponen utamanya ialah bekas kukuh untuk memuatkan bahan radioaktif (bahan api). "Thermocouple" dipasang pada dinding bekas, dengan bahagian luarnya dipasang kepada sinki haba. Pereputan radioaktif bahan api menjana tenaga haba. Perbezaan haba diantara bahan api dan sinki haba yang membenarkan "thermocouple" untuk menjana tenaga elektrik.
 
"Thermocouple" ialah alat yang boleh mengubah tenaga haba kepada tenaga elektrik secara terus, menggunakan kesan Peltier-Seebeck. Alat ini dibuat daripada dua jenis logam (atau semikonduktor) yang boleh mengalirkan elektrik. Jika terdapat beberapa yang telah dipasang dalam kitaran tertutup dan kedua-dua simpang berada pada suhu yang berbeza, arus elektrik akan mengalir melalui mereka. Biasanya banyak "thermocouple" akan dipasang secara sesiri untuk menjana voltan lebih tinggi.
 
==Lihat juga==