Sayang Anakku Sayang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 31:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Rahman ([[Zulkifli Zain]]), dan Noraini ([[Noor Azizah]]), yang berpindah ke luar bandar bersama tiga orang anak mereka iaitu Aziz ([[Aziz M. Osman]]), Rohani ([[Rohana M. Osman|Rozana M. Osman]]) dan Omar ([[ZulkefliZulkifli M. Osman]]). Asalnya Rahman seorang anak hartawan tetapi kerana terlalu mencintai setiausaha ayahnya tanpa mendapat restu menyebabkan dia telah dibuang dalam keluarga. Rahman bekerja sebagai pembalak di bawah di bawah kelolaan Encik Samad ([[Aziz Jaafar]]) demi mencari rezeki untuk menampung keluarganya. Mereka berpindah masuk ke sebuah pondok buruk dan berjiran dengan sepasang suami isteri warga emas yang baik hati iaitu Mak Uteh ([[Mak Enon]]), dan Pak Wahab.
 
Beberapa bulan selepas itu, Noraini selamat melahirkan anak perempuan dan dinamakan sebagai Murni. Hasil titik peluhnya yang sangit rajin, Encik Samad telah menaikkan pangkat Rahman sebagai ketua pasukan dan diberi kenaikan gaji. Beberapa bulan kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dinamakan sebagai Rahmat. Noraini begitu gembira kerana hasratnya untuk menimang 5 orang cahaya mata tercapai jua akhirnya walaupun kehidupan mereka sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.