Perbezaan antara semakan "Boeing 747"

4 bait dibuang ,  15 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
 
== Sejarah ==
Boeing 747 lahir disaat industri udara era 60-an sedang pesat membangun. Era [[pesawat]] [[komersil]] pada waktu itu, dijuarai oleh [[Boeing 707]], telah membuat satu revolusi di dalam perjalanan udara jarak jauh dan merealisasikan konsep "Kampung Global". Pada waktu itu, Boeing sudah pun mengkaji pesawat yang besar untuk memenangi kontrak dari Tentera Amerika Syarikat tetapi kalah kepada [[Lokheed]] C-5 Galaxy. Pan Am, klien setia [[Boeing]] pada waktu itu, meminta Boeing membangunkan sebuah pesawat penumpang yang besar, sebesar 2 kali saiz [[Boeing 707]]. Maka, pada tahun 1966 [[Boeing]] mengeluarkan satu garis panduan mengenai konfigurasi pesawat penumpang yang akan dinamakan Boeing 747. [[Pan American World Airways|Pan Am]] menempah 25 siri 747-100. Pada mulanya, rekaan [[pesawat]] ini adalah pesawat dua tingkat penuh atau 'double decker' tetapi disebabkan masalah pengosongan pesawat ketika kecemasan, idea ini di tukar untuk menjadi sebuah [[pesawat berbadan lebar]].
 
Ketika itu, Boeing 747 dijangka akan digantikan dengan pesawat [[supersonik]]. Maka [[Boeing]] mereka semula Boeing 747 supaya ianya boleh ditukar menjadi pesawat kargo, dengan menjangkakan permintaan bagi versi penumpang akan menurun suatu hari nanti dan hanya versi [[pesawat kargo|kargo]] yang mampu bertahan. Maka [[kokpit]] pesawat itu di bawa ke dek atas supaya muncung pesawat boleh direka untuk dibuka menjadi satu pintu kargo. Pada mulanya dek atas digunakan untuk [[kelas pertama]] dan lobi/bar tetapi hari ini,ianya banyak digunakan sebagai tempat duduk ekstra. Dengan jangkaan hanya 400 jualan, 747 mampu bertahan dari kritik-kritik dan pada tahun [[1993]] sebanyak 1000 pesawat berjaya dibangunkan.
1,119

suntingan