Pemerintahan beraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 2:
{{Forms of government}}
 
'''Pemerintahan beraja''' ([[Tulisan {{Jawi]]: |'''ڤمرينتهن براج''' }}) atau '''Monarki''' (dari bahasa [[Yunani]] "''monos archein''", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana [[Raja]] menjadi ketua negara. '''Monarki''' atau '''sistem pemerintahan beraja''' adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah [[takhta]] kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau [[monarki mutlak|monarki yang mutlak]] dan selebihnya terhad kepada sistem [[perlembagaan]].
 
Perbezaan diantara [[Raja]] dengan [[Presiden]] sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara [[persekutuan]] seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah [[raja berperlembagaan]], iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.