Pelabuhan Tanjung Pelepas: Perbezaan antara semakan

k
tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
 
 
PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober [[1999]]. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi [[Pelabuhan Klang]] di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.
 
Kerancakan pembangunan PTP kerana begitu dekat dengan laluan kapal-kapal kontena di [[Selat Melaka]] dan tidak begitu berbeza dengan pelabuhan-pelabuhan di Singapura.
 
==Tapak==
Terletaknya di [[muara]] Sungai Pulai, kawasan PTP seluas 1,935 [[ekar]] dan dilindungi oleh sebuah [[teluk]] air-dalam. Berada di air-dalam mencecah 15 meter dari [[aras laut]], ia mempunyai saluran sepanjang 12.6 [[meter|kilometer]] dan lebar seluas 250 [[meter]] yang memberi PTP kelebihan dalam mengurangkan masa kapal-[[kapal]] untuk menunggu.
 
PTP dihubungkan oleh [[Lebuhraya Utara-Selatan]]. Pelabuhan ini juga berada dikawasan [[Zon perdagangan bebas|Zon Perdagangan Bebas]]. Ia memberi keistimewaan kepada [[pelanggan]] supaya bebas daripada prosedur [[kastam]], [[duti import]] dan [[duti eksport|eksport]] serta [[lesen import]]. Jambatan [[Linkedua]] ke Tuas di Singapura juga sangat dekat dan menjadikan PTP tidak berbeza dengan pelabuhan sedia ada di Singapura.
 
==Kemudahan dan perkhidmatan==
==Pautan luar==
* [http://www.ptp.com.my/ Laman Rasmi Pelabuhan Tanjung Pelepas]
 
{{Johor}}
 
12,867

suntingan