Republik Demokratik Arab Sahrawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎Masakan: dipadam
k →‎Masakan: diganti
Baris 231:
Pesta budaya terpenting yang digelar setahun sekali di Sahara ialah FiSahara atau [[Festival Filem Antarabangsa Sahara]] yang selalu menerima lawatan daripada ahli, tokoh, mahupun pakar di bidang filem.
=== Masakan ===
Masakan Sahara Barat dipengaruhi beberapa unsur memandangkan sebahagian besar penduduk Sahara Barat merupakan campuran keturunan Arab dan Berber. Masakan mereka juga dipengaruhi oleh [[masakan Sepanyol]]. Seperti halnya bahan-bahan makanan yang tersebar di pelbagai negara [[Maghreb]], bahan utama masakan di Sahara Barat ialah [[kuskus]] yang didampingi hidangan-hidangan lain. Pengaruh masakan-masakan yang berada di sebelah selatan RDAS membuat mereka akrab dengan [[kacang tanah]] sebagai makanan utama, dan ditambah lauk-pauk yang lain. Dalam hal daging, [[babi]] tidak pernah dimakan kerana dianggap tidak [[halal]] mengikut [[syariat Islam]]. Daging yang masyhur dan menjadi kesukaan masyarakat Saharawi ialah daging [[unta]], [[kambing]], dan [[:es:cordero|domba]]. Beberapa kaum asli RDAS terkenal kerana, secara lazimnya menumbuhkan dan memanfaatkan [[gandum]], [[Pokok Barli|barli]], [[bijirin]], serta hidangan-hidangan yang banyak mengandungi air. Kaum asli RDAS yang hidup mengembara dan menjadi nomad menjadikan [[daging]], [[susu]] dan juga [[produk tenusu]] sebagai [[diet|makanan]] utama mereka. Ada juga kaum asli Saharawi yang hidup di pesisir menjadikan [[nasi]], ikan dan hidangan lain-lain sebagai sumber makanan mereka. Adapun makanan khas Saharawi meliputi
* [[Kuskus]], pasta [[semolina]] dengan daging dan [[sayur]]-sayuran.
* [[Tajin]], hidangan daging unta/domba.