Perbezaan antara semakan "Elly Mazlein"

21,707 bait ditambah ,  6 bulan lalu
Kemaskini.
(Kemaskini.)
==Kerjaya==
 
==Kontroversi=Muzik===
Pada usia 17 tahun, Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama [[NAR Records]] dan merakamkan album sulungnya, ''[[Sutera Kasih (album Elly Mazlein)|Sutera Kasih]]'' dengan lagu bertajuk sama dan "Biar Pilu Ada Penawarnya" dikeluarkan sebagai single.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2352650/elly-bukan-berlagak-baik|title=Elly bukan berlagak baik|publisher=[[Berita Harian]]|date=25 April 1998|accessdate=7 Mac 2020}}</ref> Album ini menjadi kegagalan komersial, namun tidak mematahkan semangat Elly untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. Album keduanya, ''[[Satu Persatu (album Elly Mazlein)|Satu Persatu]]'' dikeluarkan dua tahun kemudian.<ref>"Elly Mazlein pilih lagu sesuai". ''Utusan Malaysia''. 24 Jun 1998.</ref> "Usah Ditambah Bara Tersimpan" dan "Janji Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 50,000 unit.<ref>"Elly Mazlein mahu bina identiti sendiri". ''Utusan Malaysia''. 13 Februari 2000.</ref><ref>"Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan kembali menaikkan nama Elly". ''Utusan Malaysia''. 1 Februari 2001.</ref>
===Pergeseran dengan Faye Kusairi===
 
Elly kemudian mengumpul material baru untuk album ketiganya, ''[[Elly (album Elly Mazlein)|Elly]]'' yang mana proses rakaman dijalankan pada bulan puasa 2000.<ref>"Elly Mazlein menunggu album baru". ''Utusan Malaysia''. 9 Mei 2000.</ref><ref>"Elly Mazlein mahu cipta sejarah". ''Utusan Malaysia''. 8 Oktober 2000.</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archives/18-10-2000/utusan_malaysia/entertainment/et5_full.htm|title=Elly Mazlein rakam album baru|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=18 Oktober 2000|accessdate=8 Mac 2015|url-status=dead}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Elly Mazlein - Album terbaru tampilkan kelainan|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=16 Mac 2001|accessdate=8 Mac 2015|url-status=dead}}</ref> Dikeluarkan pada 26 Mac 2001, album ini mendapat sentuhan pelbagai komposer dan penerbit termasuk [[Azmeer]], Azman Abu Hassan dan [[Eddie Hamid]]. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah "Bungaku Bakawali", "Cintaku Untuk Bahagia" dan "Gerimis".<ref>"Elly Mazlein sedia terima kritikan". ''Utusan Malaysia''. 25 Mac 2001.</ref><ref>"Seni menyatukan Ferhad & Elly Mazlein". ''Utusan Malaysia''. 15 April 2001.</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm|title=Elly Mazlein tampil suara tersendiri|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=21 Mei 2001|accessdate=8 Mac 2015|url-status=dead}}</ref><ref>"Elly Mazlein terkilan". ''Utusan Malaysia''. 17 Jun 2001.</ref> ''Elly'' mencipta rekod tersendiri apabila ia berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris dengan jualan mencecah 60,000 unit. Malah ''Satu Persatu'' dan ''Elly'' turut menerima pensijilan Platinum daripada [[Persatuan Industri Rakaman Malaysia]] (RIM).
 
Album kompilasi pertamanya, ''Elly: The Best Ballads'' dikeluarkan pada 2002, menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari tiga album terdahulunya. Ia telah menerima pensijilan Emas.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2326525/anugerah-bakar-semangat-elly-mazlein|title=Anugerah bakar semangat Elly Mazlein|author=Hanisah Selamat|publisher=[[Berita Harian]]|date=13 November 2003|accessdate=7 Mac 2004}}</ref> Pada 14 Julai 2002, Elly bersama kumpulan [[Exists]] menjayakan persembahan amal Konsert Amal Afganistan - Exists 2002 yang berlangsung di [[Kuching]], [[Sarawak]].<ref name="Tidak kejar">"Elly tidak kejar banyak tawaran". ''Utusan Malaysia''. 17 Jun 2002.</ref>
 
Pada April 2003, Elly menjayakan persembahan di Karnival Sure Heboh (kini [[Karnival Jom Heboh]]) sempena ulang tahun [[TV3]] ke-19 yang berlangsung di Dataran Sejarah, [[Ayer Keroh]], [[Melaka]]. Selain beliau, antara artis yang turut serta ialah [[Ezlynn]], [[Phyne Ballerz]], Apacian, Chakra Sonic, [[Antz]], [[Nora (penyanyi)|Nora]], Platinum, [[Siti Sarah Raisuddin|Sarah]], [[Handy Black]], [[Elyana]], [[Siti Nordiana]], [[Boboy]], Ali (XPDC), [[Abot]], [[Winnie Kok]] dan [[Mamat Exists|Mamat]].<ref>"Elly Mazlein - Jayakan Karnival TV3". ''Utusan Malaysia''. 18 April 2003.</ref>
 
Elly seterusnya membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, ''Atas Nama Cinta''.<ref name="Rezeki melimpah">"Elly Mazlein - Rezeki semakin melimpah". ''Utusan Malaysia''. 18 Ogos 2003.</ref><ref name="Soal hati">"Soal hati milik Elly Mazlein". ''Utusan Malaysia''. 21 September 2003.</ref> Untuk album ini, beliau melakukan proses pemilihan lagu secara teliti. Album ini dikeluarkan pada September 2003 dengan lagu "Merry Go Round" dan "Pendita Penipu" dikeluarkan sebagai single.<ref>"Elly Mazlein - Teliti pilih lagu". ''Utusan Malaysia''. 24 Februari 2003.</ref><ref name="Penuhi impian">"Elly Mazlein - penuhi impian ibu". ''Utusan Malaysia''. 20 Oktober 2003.</ref> Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah [[Aidit Alfian]], [[Azlan Abu Hassan]], [[LY & Baiduri (komposer)|LY]] dan [[Eddie Hamid]].<ref name="Minta jangan">"Elly Mazlein - Minta jangan difitnah". ''Utusan Malaysia''. 6 Julai 2003.</ref>
 
Selepas mengecapi kejayaan dalam industri muzik dalam tempoh 7 tahun, kerjaya muzik Elly Mazlein terhenti seketika kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman, sekaligus mengambil cuti panjang dari kerjaya nyanyian. Lima tahun kemudian, iaitu pada 2010, Elly kembali aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan dua single baharu bertajuk "Please Forgive Me" dan "Kata Saja I Love You".<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/11/28/please-forgive-me-hadiah-elly-mazlein-buat-peminat|title=Please Forgive Me hadiah Elly Mazlein buat peminat|author=Siti Azira Abd Aziz|publisher=[[mStar Online]]|date=28 November 2010|accessdate=8 Mac 2015}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2012/03/01/elly-mazlein-teruja-nak-kahwin-disember-ini|title=Elly Mazlein teruja nak kahwin Disember ini|author=Feride Hikmet Atak|publisher=[[mStar Online]]|date=1 Mac 2012|accessdate=8 Mac 2015}}</ref>
 
Pada Mac 2013, beliau melancarkan single bertajuk "Sabarlah Hati" yang bergenre balada di bawah [[KRU Records|KRU Music]], lagu ini ialah hasil ciptaan [[Manusia Putih]]. Beliau dipetik oleh portal hiburan Sensasi Selebriti sebagai berkata: “Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”.<ref>{{cite news|url=https://www.budiey.com/video-lirik-lagu-sabarlah-hati-elly-mazlein/|title=Video lirik lagu Sabarlah Hari Elly Mazlein|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=13 Mac 2013|accessdate=8 Mac 2015}}</ref>
 
Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta ''[[Gegar Vaganza]]'' [[Gegar Vaganza (musim 3)|musim ketiga]] selepas menerima tawaran daripada [[Astro (televisyen satelit)|Astro]] untuk menyertai rancangan itu.<ref>{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/gv-3-nyanyi-lagu-kisah-hidup-sendiri-saya-hampir-menangis-elly-mazlein-618|title=GV3: Nyanyi lagu kisah hidup sendiri - "Saya hampir menangis"|author=Ahmad Shah|publisher=[[Astro Gempak]]|date=24 Oktober 2016|accessdate=9 Mac 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://mediahiburan.my/elly-mazlien-akui-gegar-vaganza-beri-impak-tersendiri-dalam-kerjaya/|title=Elly Mazlein akui Gegar Vaganza beri impak tersendiri dalam kerjaya|author=Rafiq Mazlan|publisher=[[Media Hiburan]]|date=13 Disember 2017|accessdate=9 Mac 2018}}</ref> Beliau mengumumkan menarik diri selepas konsert minggu keempat kerana dikatakan kecil hati dengan komen daripada juri tetap, [[Ramli M. S.]].<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/11/210011/kecil-hati-punca-elly-mazlein-tarik-diri-daripada-gv3|title=Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=6 November 2016|accessdate=9 Mac 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/11/07/elly-mazlein-tersinggung-ramli-ms|title=Tersinggung komen Ramli MS, Elly Mazlein mahu tarik diri sebelum diumum tersingkir|author=Kemalia Othman|publisher=[[mStar Online]]|date=7 November 2016|accessdate=9 Mac 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.rotikaya.com/elly-mazlein-tidak-akan-kembali-ke-gegar-vaganza/|title=Elly Mazlein tidak akan kembali ke Gegar Vaganza|publisher=Rotikaya|date=8 November 2016|accessdate=9 Mac 2017}}</ref>
 
Pada 26 April 2017, Elly melancarkan single terbaharu bertajuk "Jeritan Hati" yang berdasarkan daripada kisah hidup beliau. Majlis pelancaran single ini diadakan di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak "Sabarlah Hati".<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2017/04/27/elly-mazlein-jeritan-hati|title=Elly Mazlein kongsi kisah hidup dalam Jeritan Hati|author=Azlina Mazli|publisher=[[mStar Online]]|date=27 April 2017|accessdate=8 Mac 2018}}</ref>
 
Beliau bersama-sama [[Faizal Tahir]] dan [[Zizi Kirana]] merakamkan semula lagu klasik "Empat Dara" karya asal Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dengan tajuk "Empat Dara 2020". Sejak pelancaran rasminya di YouTube pada November 2020, muzik video Empat Dara 2020 menjadi sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia dengan jumlah tontonannya juga sudah mencecah 4.5 juta dengan lebih 9,400 komen daripada pelayar yang rata-rata terhibur dan memberi sokongan sangat positif.<ref>{{cite news|url=https://gempak.com/berita-terkini/selepas-ha-masukkk-viralelly-mazlein-rakam-semula-lagu-empat-dara-dengan-faizal-tahir-zizi-kirana-43715|title=Selepas 'Ha masukkk' viral... Elly Mazlein rakam semula lagu Empat Dara dengan Faizal Tahir dan Zizi Kirana|author=Fiza Kamarudin|publisher=[[Astro Gempak]]|date=12 November 2020|accessdate=9 Mac 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/645202/tak-sangka-meletup|title=Tak sangka meletup!|author=Norhayati Nordin|publisher=[[Harian Metro]]|date=24 November 2020|accessdate=9 Mac 2021}}</ref> Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33]].<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/11/753771/lagu-empat-dara-2020-gamatkan-abpbh-33|title=Lagu Empat Dara 2020 gamatkan ABPBH33|publisher=[[Berita Harian]]|date=12 November 2020|accessdate=9 Mac 2021}}</ref>
 
Pada 26 Februari 2021, Elly muncul dengan single terbaharu, "Dusta Cinta" hasil nukilan [[Aina Abdul]] dengan liriknya ditulis oleh Wan Zakaria. Beliau berkata mengenai lagu ini: "Saya yakin bakat dan kemampuan Aina (Abdul) cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat. Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,".<ref>{{cite news|url=https://www.budiey.com/elly-mazlein-dusta-cinta/|title=Elly Mazlein hadiahkan Dusta Cinta kepada peminat|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=1 Mac 2021|accessdate=9 Mac 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/dusta-cinta-elly-mazlein-beri-kepercayaan-pada-aina-abdul/|title=Dusta Cinta, Elly Mazlein beri kepercayaan pada Aina Abdul|author=Wawann Mohd|publisher=[[Sinar Harian]]|date=9 Mac 2021|accessdate=9 Mac 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://malaysia.news.yahoo.com/elly-mazlein-honoured-sing-aina-061400940.html|title=Elly Mazlein honoured to sing Aina Abdul's composition|trans-title=Elly Mazlein diberi kepercayaan menyanyikan lagu ciptaan Aina Abdul|author=Heidi Hsla|publisher=[[Yahoo! News]]|date=8 Mac 2021|accessdate=9 Mac 2021|language=en}}</ref>
 
===Lakonan===
[[Fail:Elly Mazlein on interview with OneNews.jpg|thumb|Elly berucap di sidang media majlis pelancaran ''Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom'' pada 24 September 2020.]]
Kerjaya lakonan Elly bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit [[Yusof Haslam]] mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan ''[[Gerak Khas]]'' dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlin.<ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm|title=Elly Mazlein - Menjiwai watak Detektif|author=Khadjah Ibrahim|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=1 Jun 2002|accessdate=9 Mac 2014|url-status=dead}}</ref><ref name="Tidak kejar"/><ref>"Elly Mazlein - Sebati dengan Gerak Khas". ''Utusan Malaysia''. 24 Ogos 2002.</ref> Ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau bagaimanapun, meninggalkan siri itu tiga tahun kemudian.
 
Beliau kemudian ditawarkan membintangi filem sulung lakonannya, ''[[Janji Diana]]'' arahan Yusof lakonan [[Rosyam Nor]] dan [[Erra Fazira]] yang mana beliau memegang watak sebagai Etty. Dikeluarkan pada 24 Julai 2003, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.<ref name="Soal hati"/>
 
Dalam temuramah bersama ''[[Utusan Malaysia]]'' pada 6 Julai 2003, Elly berkata, beliau jujur untuk menjadi pelakon dengan hasrat mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan dan bermatlamat untuk mempertingkatkan keupayaan dalam kedua-kedua bidang yang diceburinya.<ref name="Minta jangan"/> Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada masa itu saya tidak anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baru [...] Lakonan kini menjadi bidang kedua saya selepas nyanyian".<ref name="Minta jangan"/>
 
Selepas ''Janji Diana'', beliau kemudian ditawarkan pula untuk memegang peranan utama dalam filem ''[[Tangkai Jering]]'' arahan [[Abdul Razak Mohaideen]] dengan memegang watak sebagai Shakila.<ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Elly, Yassin, Serina - Bergabung dalam Tangkai Jering|author=Abd Aziz Itar|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=20 Disember 2004|accessdate=12 Mac 2015|archive-url=http://web.archive.org/web/20170321082420/http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|archive-date=21 Mac 2017|url-status=dead}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan/20030912070037/Article/|title=Elly Mazlein bintang baru Metrowealth|author=Intan Rohaizat Zakariya|publisher=[[Berita Harian]]|date=12 September 2003|accessdate=12 Mac 2015|url-status=dead}}</ref><ref name="Hadiah hari lahir">"Elly Mazlein - Tangkai Jering hadiah hari lahir". ''Utusan Malaysia''. 20 Disember 2004.</ref> Elly digandingkan bersama [[Yassin Yahya]], bekas ahli kumpulan [[Senario]]. Biarpun memegang peranan utama, babak yang melibatkan dirinya dirakam hanya 10 hari. Dalam waktu yang singkat itu beliau perlu memberikan komitmen di lokasi.<ref name="Rezeki melimpah"/><ref name="Soal hati"/><ref name="Penuhi impian"/> Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2004.
 
Elly kembali menjayakan wataknya sebagai Detektif Mazlein dalam ''[[GK3 The Movie]]'' yang ditayangkan pada 9 Februari 2005.<ref name="Hadiah hari lahir"/><ref>"Elly Mazlein kerja keras waktu muda". ''Utusan Malaysia''. 19 Disember 2004.</ref> Dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008, Elly menjadi salah seorang daripada enam pelakon utama ''[[Spa Q]]'' musim pertama bersama-sama [[Norish Karman]], [[Farahdhiya]], [[Betty Banafe]], [[Nisha Dirr]] dan [[Intan Azura]] yang mana beliau memegang watak sebagai Farah, salah seorang kakitangan Spa Q. Beliau kemudian muncul dalam drama ''[[Bella]]'' di [[Slot Akasia]] [[TV3]] dengan melakonkan dua watak, iaitu watak tajuk dan Tengku Julia Sandra, seterusnya muncul dalam telefilem pertama lakonannya, ''Pelita Buluh''.
 
Pada tahun 2010, beliau memegang watak tajuk dalam drama ''[[Na O Mei]]'' arahan Fairuz Loy dengan skrip oleh [[Rozie Rashid]] yang diilhamkan dari satu kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak yang dinamakan Na O Mei. Dalam drama ini, Elly digandingkan bersama [[Adi Putra]] dan [[Iqram Dinzly]].
 
Elly dan Iqram kemudia kembali bekerjasama dengan membintangi drama seram ''[[Amukan Pocong]]'' bersama-sama [[Azhan Rani]] dan [[Ezany Nizariff]]. Beliau memegang watak Long Jamilah, drama ini bersiaran di [[slot Seram]] dari 15 Mac hingga 7 Jun 2012. Setahun kemudian, Elly berlakon di samping [[Scha Al-Yahya]] dalam filem ''[[Awan Dania The Movie]]'', adaptasi dari siri drama [[Astro Ria]] [[Awan Dania|bertajuk sama]].<ref name="Scha, Elly">{{cite news|title=Scha stereotaip, Elly kunci mulut|publisher=[[Kosmo!]]|date=14 Mac 2013|author=|url=http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|accessdate=18 Januari 2014|archive-url=http://web.archive.org/web/20181021232114/http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|archive-date=21 Oktober 2018}}</ref> Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak ''[[GK3 The Movie]]''. Beliau berkata mengenai wataknya dalam filem ini: "Saya seronok menjayakan watak Tania dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini,".<ref name="Scha, Elly"/>
 
Pada tahun 2014, Elly melakonkan watak sebagai Mona dalam drama ''[[Kristal Maya]]'' arahan suaminya ketika itu, [[Azmi Hatta]], yang dibintangi oleh [[Amyra Rosli]] dan [[Shahz Jaszle]], seterusnya memegang watak Jenny dalam drama ''[[Cinta Ibadah]]'' yang mengandungi 175 episod.
 
Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama ''[[Vila Ghazara]]'' arahan [[Feroz Kader]] yang antara lain turut dibintangi oleh [[Shukri Yahaya]], [[Hafeez Mikail]], [[Amirul Faqeem]], [[Mustapha Kamal]] dan [[Haleeda]]. Beliau memegang watak sebagai Maria, isteri kedua Dr. Ghaz lakonan Mustapha Kamal.<ref>Salma Syahbuddin (17 September 2018). [https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/drama-terbaharu-vila-ghazara-penuh-konflik Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik] XTRA. Dicapai pada 17 September 2018.</ref> Selain itu, beliau turut berlakon dalam ''[[Teratai Kemboja]]'' sebagai Hanani dan ''[[Aku Cinta Dia (drama)|Aku Cinta Dia]]'' sebagai Rima.
 
2019 menjadi tahun paling sibuk dalam kerjaya lakonan Elly yang mana beliau berlakon dalam 7 drama televisyen dan 2 telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tahun itu ialah ''[[Patah Sayap Bertongkat Paruh]]'' di [[slot MegaDrama]] Astro Ria lakonan [[Aaron Aziz]] dan [[Fasha Sandha]], beliau memegang watak sebagai Hanani dan ''[[Kau Yang Pertama]]'' di slot Akasia TV3 lakonan [[Fikry Ibrahim]] dan [[Farah Nabilah]] dengan memegang watak sebagai Kak Zaza. Kejayaan terbesarnya dalam kerjaya lakonannya hadir menerusi watak sebagai Mona/Minah dalam drama komedi ''[[Kampung People]]'' yang menggandingkan beliau bersama [[Rashidi Ishak]] dan pelakon baru, [[Riena Diana]] dan [[Hun Haqeem]]. Diterbitkan oleh [[KL Motion Pictures]], drama yang bersiaran di [[slot Lestary]] TV3 dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima ulasan positif daripada pengkritik televisyen dan [[warganet]].<ref>[https://himpunanceritalawak.com/2019/12/elly-mazlein-seronok-kampung-people-trending-rupanya-artis-juga.html Elly Mazlein seronok Kampung People ‘trending’, rupanya artis juga layan!] Himpunan Cerita Lawak (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.</ref><ref>Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). [https://www.hmetro.com.my/rap/2020/01/532933/elly-tak-sangka-ramai-suka-kampung-people Elly tak sangka ramai suka Kampung People] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 8 Januari 2020.</ref> Beliau juga muncul dalam dua telefilem pada tahun itu, ''Siapa Dia Sebenarnya'' dan ''Maaf Dari Khilaf''.
 
Elly seterusnya berlakon di samping [[Aeril Zafrel]] dan [[Nabila Razali]] dalam drama adaptasi novel, ''[[Seindah Tujuh Warna Pelangi (drama)|Seindah Tujuh Warna Pelangi]]'' dengan melakonkan watak Maryam. Beliau kemudian kembali menjayakan watak Mona dalam ''[[Kampung People 2]]''.
 
===Pengacaraan===
Melengkapkan portfolio kerjayanya, Elly Mazlein menggalas peranan sebagai salah seorang daripada 12 penyampai anugerah di [[Anugerah Skrin 2018]] dan [[Anugerah Skrin 2019]] yang mana beliau digandingkan bersama [[Shuk Sahar]]. Beliau kemudian mengacarakan [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32]] bersama [[AC Mizal]] yang berlangsung pada 22 Disember 2019.<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/09/609373/abpbh-32-ac-elly-berdebar-kali-pertama-jadi-hos|title=ABPBH 32: AC, Elly berdebar kali pertama jadi hos|publisher=[[Berita Harian]]|date=21 September 2019|accessdate=12 Mac 2020}}</ref>
 
Beliau juga berkhidmat sebagai pengacara tetap rancangan TV realiti ''[[Lagu Cinta Kita]]'' dengan [[Azwan Ali]] dan [[Michael Ang]] sebagai pengacara bersama.<ref name="Lagu Cinta Kita">{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/10/634613/lagu-cinta-kita-program-realiti-berbeza|title=Lagu Cinta Kita, program realiti berbeza|author=Georgie Joseph|publisher=[[Harian Metro]]|date=25 Oktober 2020|accessdate=12 Mac 2020}}</ref> Ia diadaptasi dari rancangan ''Love At First Sight'' terbitan [[CJ ENM]].<ref name="Lagu Cinta Kita"/> Bermula 1 Mac 2021, beliau menjadi pengacara rancangan ''Borak Kelamin'' bersama [[Awal Ashaari]] di [[Astro Ria]]. Rancangan ini membincangkan topik mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2021/03/681066/kupas-cerita-dalam-kain|title=Kupas 'cerita dalam kain'|author=Sudirman Mohd Tahir|publisher=[[Harian Metro]]|date=6 Mac 2021|accessdate=12 Mac 2021}}</ref>
 
==Kehidupan peribadi==
 
==Pautan luar==
{{Commons category}}
* {{IMDb name|3614246}}
* {{Twitter|elly_mazlein}}