Digimon Adventure: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Siri ini menceritakan sekumpulan kanak-kanak yang dibawa ke satu [[alam selari|alam lain]] bernama [[Dunia Digital]] ("DigiWorld") sewaktu menjalani perkhemahan musim panas. Mereka dibawa ke sana kerana mereka merupakan [[Kanak-kanak Terpilih]] yang bakal menyelamatkan Dunia Digital (serta Bumi, menjelang penamat siri ini) daripada kuasa jahat yang mengancam untuk memusnahkannya. Setiap kanak-kanak tersebut menerima seekor makhluk yang [[dipraprgramkan|dipraprogramkan]] untuk diikatkan pada mereka, iaitu [[Digimon]] mereka, serta alat kecil yang dipanggil [[Digivice]].
 
Kisahnya bermula ketika tujuh kanak-kanak terpilih telah mengikuti sebuah perkhemahan cuti musim panas yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Tujuh kanak-kanak tersebut adalah Taichi, Yamato, Sora, Koushiro, Mimi, Jyou dan Takeru. Mereka dibawa ke dalam duniaDunia digimonDigital dan bertemu dengan digimon mereka masing-masing iaitu Agumon, Gabumon, Piyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon dan Patamon. Mereka bertujuh diarahkan untuk menyelamatkan Dunia DigimonDigital dan Dunia ManusiaNyata. Pengembaraan mereka bermula apabila mula bertarung dengan digimon-digimon yang telah menjadi jahat akibat Gear Hitam milik Devimon. Setelah berjaya menyelamatkan kesemua digimon-digimon tersebut, mereka bertujuh akhirnya berhadapan dengan Devimon namun kekuatan keenam-enam digimon milik kanak-kanak terpilih yang lain tidak setanding dengan Devimon. Namun disaat akhir sewaktu diambang kematian, digimon Takeru iaitu Patamon telah berubah menjadi Angemon dan mengalahkan Devimon.
 
Sebelum hilang daripada dunia digimon, Devimon sempat mengatakan bahawa ada banyak lagi digimon yang lebih kuat daripadanya. Disebabkan kata-kata Devimon maka itulah munculnya lelaki tua hologram misteri bernama Gennai yang sempat memberitahu mereka bahawa terdapat tujuh lencana yang membolehkan ketujuh-tujuh digimon kanak-kanak terpilih tersebut berubah kepada peringkat yang lebih tinggi bagi menentang musuh-musuh mereka kelak. Perjalanan mereka dalam mencari lencana tersebut bukannya mudah apabila mereka selalu dihalang oleh musuh baharu mereka, Etemon. Kekuatan virus yang ada pada Etemon terkadang membuatkan mereka bertujuh hampir menyerah namun dengan keberanian Taichi dan digimonnya, Etemon berjaya dikalahkan. Ketika munculnya musuh baharu mereka, iaitu Vamdemon, Gennai memberitahu kanak-kanak terpilih bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak terpilih yang sepatutnya menyertai mereka. Malangnya Vamdemon yang juga mengetahui akan hal tentang kanak-kanak terpilih yang kelapan tersebut kemudian mula bergerak ke [[Jepun]] untuk mencari dan ingin membunuh kanak-kanak tersebut. Hal ini membuatkan Taichi dan rakan-rakannya kembali semula ke Jepun bagi menyelamatkan rakan mereka tersebut. Pencarian itu akhirnya berakhir apabila ternyata adik perempuan Taichi, iaitu Hikari adalah kanak-kanak terpilih yang kelapan. Vamdemon kemudian bertindak mencuba untuk membunuh Hikari dan digimonnya, Tailmon yang juga merupakan bekas digimon suruhan Vamdemon.
 
Bagaimanapun berkat dengan gabungan kekuatan kelapan-lapan digimon mereka yang kini bersatu, Vamdemon akhirnya berjaya ditewaskan. Namun setelah kematian Vamdemon, mereka harus kembali ke dunia digimon kerana kepincangan dunia digimon dan dunia manusia. Setelah kembali ke dunia digimon, mereka harus berhadapan dengan empat lagi musuh baharu yang kuat digelar Dark Master. Mereka adalah MegaSeadramon, Pinocchimon, Mugendramon dan Piemon. Diawal pertarungan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih menentang Dark Master, mereka dikalahkan dengan mudah. Namun, berkat kekuatan mereka berlapan, kesemua Dark Master berjaya dikalahkan. Namun disaat, meraihkan kemenangan mereka tersebut, Gennai sekali lagi muncul dan berpesan bahawa Dark Master bukanlah musuh utama mereka, melainkan Apocalymon, iaitu digimon jahat yang terkuat diantara semua digimon yang pernah mereka lawan sebelum ini. Apocalymon adalah dalang disebalik ketidakseimbangan Dunia Digital dan Dunia Manusia. Kuasa lencana kelapan-lapan mereka telah dihapuskan oleh Apocalymon hingga membuatkan mereka berlapan hampir putus asa untuk menentang musuh baru mereka tersebut. Namun berkat kepercayaan digimon-digimon mereka, kanak-kanak terpilih kini berasa yakin dapat mengalahkan Apocalymon. Akhirnya Apocalymon berjaya dikalahkan dan Dunia Digital kini menjadi seperti sediakala.
 
==Senarai episod==