Perbezaan antara semakan "Jamal Abdillah"

4 bait ditambah ,  4 bulan lalu
Gelaran yang lebih sesuai..
(Gelaran yang lebih sesuai..)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
}}
 
Yang HormatBerbahagia [[Gelaran|Dato']] '''Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali '''ataupun lebih dikenali sebagai '''Jamal Abdillah''' (lahir 7 Mei 1959) merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran '''Raja Pop Malaysia'''.
 
Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' [[M Nasir]], Dato' [[Sharifah Aini]], [[Anita Sarawak]], Dato' [[Khatijah Ibrahim]], [[Ramlah Ram]], [[Amir bin Hamzah|ND Lala]], [[Hattan]], [[Alleycats]] dan [[Noraniza Idris]]. Beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan [[Bintang RTM]] 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti ''Perpisahan Tanpa Relamu'', ''Derita Cinta'', ''Azura'', ''Sandarkan Pada Kenangan'', ''Kau Lupa Janji'', ''Cinta Yang Terbiar'', ''Kekasih Awal dan Akhir'', ''Penghujung Rindu'' dan banyak lagi. Beliau membintangi beberapa filem pecah panggung seperti [[Azura (filem 1984)|Azura]] serta [[Kekasih Awal Dan Akhir (filem)|Kekasih Awal Dan Akhir]].