Basel I: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Basel I''' adalah istilah yang merujuk kepada persidangan oleh [[bank pusat|bank-bank pusat]] seluruh dunia. Ia merupakan hasil [[Persefahaman Basel]] pertama, yang merupakan cadangan berkenaan peraturan dan undang-undang perbankan yang dikeluarkan oleh [[Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank|Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank - (''Basel Committee on Banking Supervision - BCBS'')]]. Pada tahun [[1988]], Jawatankuasa Basel berkenaan Penyelian Bank (''Basel Committee on Banking Supervision - BCBS'') di [[Basel]], [[Switzerland]], menerbitkan set keperluan modal minima bagi bank-bank. Ia juga dikenali sebagai 1988 Basel Accord, dan dikuatkuasakan menurut perundangan bagi negara-negara [[Kumpulan Sepuluh]] (G-10) pada [[1992]], dengan bank [[Jepun]] membenarkan tambahan masa bagi tempoh peralihan. Basel I kini secara umumnya dianggap sudah lapuk, dan garis panduan yang lebih menyeluruh, dikenali sebagai [[Basel II]] kini sedang dilaksanakan di beberapa negara.
 
==Latar belakang==
Jawatankuasa Basel dibentuk sebagai tindak balas kepada kemuflisan bank yang diasaskan di [[Cologne]] pada 1974. Pada [[26 Jun]] [[1974]], beberapa bank telah mengeluarkan [[mark Jerman|Deutschmark]] kepada Bank Herstatt sebagai pertukaran bagi bayaran dollar yang dihantar di [[New York]]. Disebabkan perbezaan dalam zon waktu, terdapat jurang dalam bayaran dollar kepada bank pihak-lain (''counter-party''), dan semasa jurang ini, dan sebelum bayaran dollar sempat dilaksanakan di New York, Bank Herstatt telah di mansuhkan (''liquidated'') oleh pihak berkuasa [[Jerman]].
 
==Rujukan==