Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Editorsabahborneo (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Muhammad Haziq Danial
Teg: Undur
Mohamad Azr (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 103:
}}
 
'''Malaysia''' ({{Jawi|'''مليسيا'''}}) secara rasminya '''Persekutuan Malaysia''' ialah sebuah negara [[raja berperlembagaan]] [[persekutuan]] di [[Asia Tenggara]] yang terdiri daripada [[Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia|tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan]], yang menduduki bumi berkeluasan {{convert|329847330803|km2|sqmi|-1}}.<ref name="CIA Fact Book">https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html</ref><ref name="Article 1. Constitution of Malaysia">{{Sourcetext|source=Perlembagaan Malaysia|chapter=|verse=Article 1 |range= }}</ref> Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit [[Laut China Selatan]], iaitu [[Semenanjung Malaysia]] dan [[Malaysia Timur|Borneo Malaysia]] (juga Malaysia Barat dan Timur).<ref name="CIA Fact Book" /> Malaysia berkongsi sempadan darat dengan [[Thailand]], [[Indonesia]], dan [[Brunei]]<ref name="CIA Fact Book" /> dan juga sempadan laut dengan [[Singapura]] dan [[Filipina]].<ref name="cies001">{{cite web|url=http://www.cies.org/country/malaysia.htm |title=Country Pages - Malaysia |accessdate=2010-09-06 |publisher=Council for International Exchange of Scholars |work=Country Pages}}</ref> Ibu negara Malaysia ialah [[Kuala Lumpur]], manakala [[Putrajaya]] merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki oleh 28 juta penduduk<ref name="statistics">{{cite web |url=http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=54%3Apopulation-updated-31072009&catid=35%3Akey-statistics&Itemid=53&lang=en |title=Population (Updated: 31 July 2009) |publisher=Jabatan Statistik Malaysia |accessdate=21 Jun 2010}}</ref> dan pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang yang menduduki di Malaysia.
 
Malaysia berakar-umbikan [[Kerajaan Melayu|Kerajaan-kerajaan Melayu]] yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan [[Empayar British]] sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai [[Negeri-Negeri Selat]]. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai [[Tanah Melayu]] atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun 1948. Pada tahun 1957 Semenanjung Malaysia mencapai Kemerdekaan dan bebas daripada penjajah dan sekali gus menjadi catatan sejarah terpenting bagi Malaysia. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu bersama dengan negara [[Sabah]], [[Sarawak]], dan [[Singapura]] bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di [[Asia]], dengan purata pertumbuhan [[keluaran dalam negara kasar]]nya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.<ref name="state.gov"/> Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor ukur tanah, [[sains]], kejuruteraan, pendidikan, pelancongan, perkapalan, perdagangan dan [[perubatan]].