Shah Radhi Hazvee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23:
Selepas setahun berkhidmat di belakang tabir, beliau mendapat peluang daripada pengarah [[Osman Ali]] untuk membintangi filem pertamanya berjudul ''[[Pinjamkan Hatiku]]''. Beliau meletakkan perancangan lima tahun untuk mendapat tempat dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Beliau juga terbuka menerima apa-apa tawaran watak meskipun sebagai pelakon tambahan. Prinsip itu mahu dipegang sekalipun sudah menempa nama besar suatu hari nanti. Baginya setiap pekerjaan yang kunjung tiba adalah rezeki dan mahu membuktikan keupayaan bakat yang dimiliki dengan menerima watak yang pelbagai, termasuk yang berat dan mencabar. Walaupun tidak mempunyai asas dalam seni lakonan namun beliau tidak menganggap ia sebagai batu penghalang untuk memperoleh kejayaan kerana yakin mampu menggapai sesuatu suatu hari nanti.
 
Beliau ingin mengutip ilmu menerusi kelas lakonan dan mahu berguru dengan pelakon [([Wan Hanafi Su]] yang cukup disanjunginya. Namun kerana tidak mampu daripada segi kewangan, buat masa ini Shah hanya meraih pengalaman ketika berada di set penggambaran. Beliau menggunakan pendekatan memerhatikan bagaimana para pelakon lain menjayakan peranan melalui gerak tubuh dan teknik yang digunakan. Mengakui gaya lakonannya pernah dikatakan mirip pelakon Zul Huzaimy, lalu mula menyerlahkan pembawakan watak menggunakan sisi asli meskipun masih menyandarkan pelakon tertentu sebagai rujukan.
 
Penglibatannya dalam lakonan setakat ini menerusi antaranya, telefilem ''Hanya Segenggam Setia'' dan ''Imamkan Aku'' di TV3 dan telenovela ''[[Monalisa]]'' di saluran [[Astro Prima]]. Beliau bakal muncul dalam filem ''8belas''. Sebelum ini beliau juga pernah mengacarakan rancangan ''Chic ‘N’ Elegen'' di saluran [[TV2]].<ref>Ardini Sophia Sina (18 Julai 2018). [https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/359497/tak-memilih-watak “Tak memilih watak...”] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 9 Julai 2019.</ref>