Shah Radhi Hazvee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25:
Beliau ingin mengutip ilmu menerusi kelas lakonan dan mahu berguru dengan pelakon [[Wan Hanafi Su]] yang cukup disanjunginya. Namun kerana tidak mampu daripada segi kewangan, buat masa ini Shah hanya meraih pengalaman ketika berada di set penggambaran. Beliau menggunakan pendekatan memerhatikan bagaimana para pelakon lain menjayakan peranan melalui gerak tubuh dan teknik yang digunakan. Mengakui gaya lakonannya pernah dikatakan mirip pelakon [[Zul Huzaimy]], lalu mula menyerlahkan pembawakan watak menggunakan sisi asli meskipun masih menyandarkan pelakon tertentu sebagai rujukan.
 
Penglibatannya dalam lakonan setakat ini menerusi antaranya, telefilem ''Hanya Segenggam Setia'' dan ''Imamkan Aku'' di TV3 dan telenovela ''[[Monalisa (drama)|Monalisa]]'' di saluran [[Astro Prima]]. Beliau bakal muncul dalam filem ''8belas''. Sebelum ini beliau juga pernah mengacarakan rancangan ''Chic ‘N’ Elegen'' di saluran [[TV2]].<ref>Ardini Sophia Sina (18 Julai 2018). [https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/359497/tak-memilih-watak “Tak memilih watak...”] ''[[Harian Metro]]''. Dicapai pada 9 Julai 2019.</ref>
 
==Kontroversi==