Khazanah Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saidatulm (bincang | sumb.)
Saidatulm (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
Pada tahun 2020, Khazanah memperoleh keuntungan daripada operasi sebanyak RM2.9 bilion berbanding RM7.4 bilion pada tahun 2019. Sungguhpun pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM3.8 bilion, Khazanah meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019. Khazanah mengisytiharkan dividen sebanyak RM2.0 bilion untuk tahun 2020.
 
<br>
Kedudukan kewangan Khazanah kekal kukuh dengan pengurangan hutang sebanyak 6% kepada RM43.1 bilion daripada RM45.8 bilion pada tahun 2019, sementara Lindungan Nilai Aset Realisasi (RAV) susut kepada 2.9 kali ganda.
 
<br>
Sementara itu, perbelanjaan operasi meningkat 1.0% kepada RM490 juta daripada RM484 juta pada tahun 2019. Tidak termasuk sumbangan RM20 juta kepada Kerajaan bagi menyokong usaha bantuan COVID-19, perbelanjaan operasi Khazanah sebenarnya berjumlah RM470 juta.
 
<br>
Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) Dana Komersial berjumlah RM95.3 bilion, sementara RAV Dana Strategik pula berjumlah RM27.9 bilion, setakat 31 Disember 2020.