TV1: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harimua Thailand (bincang | sumb.)
Harimua Thailand (bincang | sumb.)
Baris 151:
===Rancangan khas===
* Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama [[Berita RTM]])
 
==Jenis berita==
Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam pada bulan Ramadan. Kesemua berita ini juga bersiaran di [[Berita RTM]].
 
===Berita Tengah Hari===
'''Berita Tengah Hari''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1 tengah hari pada setiap hari melainkan hari jumaat yang bersiaran jam 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada solat jumaat. Ia dikenali sebagai Nasional 1 dan Nasional 12 sebelum tahun 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
===Berita Wilayah atau Berita Petang===
'''Berita Wilayah atau Berita Petang''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
Nota: '''Berita Petang''' hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia
 
===Berita Perdana===
'''Berita Perdana''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam setiap hari. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan (terdiri daripada segmen hashtag (#) dan B-Diva. Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen. Berita Perdana pernah dikenali sebagai "Warta Perdana" dari tahun 2004 hingga tahun 2008, "Berita Nasional" dari tahun 2009 hingga 2015 dan "Nasional 8" dari tahun 2015 hingga 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
===Berita Parlimen===
'''Berita Parlimen''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan. Berita Parlimen baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020 yang bermula pada 13 Julai 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
===Berita Dunia===
'''Berita Dunia''' merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Hari Ini dan BES Dunia sebelum tahun 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
===Berita Tengah Malam===
'''Berita Tengah Malam''' merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Nasional 12 sebelum tahun 2020 (Tayangan serentak di [[Berita RTM]]).
 
==Galeri==