Covid Oh Covid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox television | show_name = Covid Oh Covid | image = | genre = {{hlist|Drama|Komedi|keluarga|}} |...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Atas Nama Cinta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 11:
* [[Tony Eusoff]]
* [[Umie Aida]]
* [[Nora Danish]]
}}
| editor =
Baris 40 ⟶ 39:
 
'''''Covid Oh Covid''''' ialah sebuah siri [[Drama (filem dan televisyen)|drama televisyen]] [[Malaysia]] 2021 arahan Izuan Mokhtar, di bintangi oleh [[Adibah Noor]], [[Tony Eusoff]] dan [[Umie Aida]]. siri ini memulakan tayangan di [[Slot Lestary]] [[TV3]] 2 April 2021 mengantikan [[Romantika 4 Hari 3 Malam]].
 
== Sinopsis ==
Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin ([[Tony Eusoff]]), mak mertuanya Tok Wan ([[Umie Aida]]), isterinya Habsah ([[Adibah Noor]]) dan anak-anaknya Safura ([[Tiz Zaqyah]]), Salmiah ([[Nabila Huda]]), Suhaila ([[Nora Danish]]), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah.
 
Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu.
 
Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.
 
== Pelakon ==
* [[Adibah Noor]] sebagai Habsah
* [[Tony Eusoff]] sebagai Tuan Ariffin
* [[Umie Aida]] sebagai Tok Wan
* [[Tiz Zaqyah]] sebagai Safura
* [[Nabila Huda]] sebagai Salmiah
* [[Nora Danish]] sebagai Suhaila
* Nasiruddin Alaydrus sebagai Shazrul
* [[Fathia Latiff]] sebagai Riana
* Yusof Hashim sebagai Adam
* [[Nafiz Muaz]] sebagai Zafrin
 
== Rujukan ==
{{reflist}}