Projek: Anchor SPM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Menambah sinopsis dan pelakon.
Baris 41:
 
'''''Projek: Anchor SPM''''' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 bergenre sekolah arahan [[Razaisyam Rashid]] serta Anwari Ashraf. Siri drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi [[Sijil Pelajaran Malaysia]] (SPM), dan siri ini memulakan tayangan perdana di [[Astro Ceria]] bermula 15 Mac 2021 sebagai sebuah drama televisyen asli Astro.<ref>{{cite web|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/03/794247/bukan-drama-plagiat|title=Bukan drama plagiat|first=Fatin Farhana|last=Ariffin|date=9 Mac 2021|website=Berita Harian|access-date=2 April 2021}}</ref><ref>{{cite web|url=https://rojakdaily.com/entertainment/article/11747/this-new-local-series-is-set-to-bring-back-all-kinds-of-spm-memories-both-good-and-bad|title=This New Local Series Is Set To Bring Back All Kinds Of SPM Memories, Both Good And Bad|website=Rojak Daily|lang=en|date=3 Mac 2021|access-date=2 April 2021}}</ref>
 
==Sinopsis==
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
 
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
 
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
 
==Pelakon==
* [[Daiyan Trisha]] sebagai Aaidaa
* [[Aedy Ashraf]] sebagai Aizat
* [[Shasha Abedul]] sebagai Jaja
* [[Nadhir Nasar]] sebagai Hilmi
* Chubb-E sebagai Botol
* [[Adlin Aman Ramlie]] sebagai Tuan Awang
* [[Tony Eusoff]] sebagai Zubir
* [[Daniella Sya]] sebagai Tai Ying
* [[Susan Lankester]] sebagai Puan Rokiah
* Fadhli Masoot sebagai Zaim
* Taufiq Izmir sebagai Cheng
 
== Rujukan ==