Perang nuklear: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 6:
Kemungkinan menggunakan senjata nuklear dalam perang biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, setiap satu dengan kesan berlainan dan kemungkinan bertempur dengan jenis persenjataan nuklear yang berlainan.
 
Yang pertama, '''''perperangan nuklear terhad''''' (kadang -kala ''serangan'' atau ''pertukaran''), merujuk kepada penggunaan senjata nuklear pada skala kecil oleh satu atau lebih pihak. "Perperangan nuklear terhad" kemungkinannya terdiri daripada pertukaran terhad antara dua kuasa nuklear yang mensasarkan kemudahan ketenteraan pihak lawan, samaada sebagai cubaan melumpuhkan keupayaan musuh bagi menyerang melalui serangan awal sebagai langkah pertahanan atau sebagai awalan kepada penjajahan oleh pasukan konvensional sebagau uasha penyerangan. Ia turut merujuk kepada perperangan nuklear antara dua kuasa nuklear kecil, yang ketiadaan keupayaan untuk melancarkan serangan mutlak. Istilah ini digunakan bagi sebarang kegunaan terhad senjata nuklear, yang mungkin membabitkan samaada sasaran ketenteraan atau awam.
 
Kedua merupakan, '''''perperangan nuklear berskala penuh''''', terdiri daripada sejumlah besar senjata yang digunakan bagi menyerang keseluruh negara, termasuk sasaran awam dan tentera. Serangan sedemikian cuba untuk memusnahkan keseluruh infrasturktur ekonomi, masyarakat, dan tentera melalui serangan nuklear melampau. Perperangan nuklear sedemikian tidak mungkin dihad kepada hanya dua negara terbabit, terutama sekiranya salah satu kuasa nuklear besar terbabit.
 
==Pautan luar==