Sekolah Menengah Sains Tapah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Kontroversi: add title in ref
Teg: Suntingan sumber 2017
→‎Pengiktirafan Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi: misuse Wikipedia as a commercial site
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 50:
Pada tahun 2012, telah berlaku perubahan dalam barisan pentadbiran sekolah ini. En. Asma Azmin Rashid, Penolong Kanan HEM telah bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng pada penghujung Julai, lantas menyaksikan En. Safarim memangku jawatan berkenaan sebelum memegangnya secara rasmi tidak lama kemudian. Cik Ainun Marziah Abdul Rahman (kemudiannya Hajah) daripada [[Sekolah Tuanku Abdul Rahman|Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)]] mengisi pula kekosongan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum pada bulan Oktober tahun yang sama. Pada 1 November tahun yang sama juga menyaksikan pengetua, En. Hadi telah bertukar ke SMK Sri Bahagia, Temerloh, Pahang. Pertukaran ini hanya diumumkan kepada umum melalui SMS beliau kepada En. Zulkarnain, Penolong Kanan Pentadbiran yang dibacakan ketika Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM pada 31 Oktober. Pada 1 Oktober 2015, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Samsudin telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Hilir Perak menyaksikan Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar, Penolong Kanan Pentadbiran dari SBPI Gombak menggantikan tempat Tuan Haji Sulaiman sebagai Pengetua SESTA yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2015.
== Pengiktirafan Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi ==
[[Fail:Sestasbt.jpg|thumb|Sijil pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tingi SESTA oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.]]
Adalah menjadi impian setiap sekolah untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi dan SESTA tidak terkecuali daripadanya. Berdasarkan kejayaan awal yang sudah banyak memberansangkan, SESTA sentiasa berusaha untuk mendapatkan status tersebut semenjak pertama kali dicalonkan pada 2013. Namun, mereka gagal dalam dua kali pencalonan (2013 dan 2014), meskipun persediaan terbaik telah diusahakan.
 
Namun, kekecewaan mereka sedikit terubat apabila SESTA diberikan status Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Jun 2014 yang mana statusnya hanya selangkah dibawah Sekolah Berprestasi Tinggi. Mereka tidak leka dengan status yang ada dan terus menggiatkan usaha mereka.
 
Pada 18 Mac 2016, akhirnya selepas bertahun-tahun usaha,SESTA, dibawah teraju Tuan Haji Mohd Rezazali Ahmad Ansar berjaya memperoleh status tersebut, bermakna sekolah itu telah berjaya mencapai sasarannya selama ini dan hampir melengkapkan visinya iaitu SESTA Terbilang 2016. SESTA adalah salah satu daripada dua buah sekolah yang dipilih pada waktu itu, satu lagi adalah Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Menariknya, Tuan Haji Rezazali hanya menerima surat pemberitahuan mengenai perkara itu pada 11 pagi hari tersebut, membuatkan beliau terpaksa bergegas ke Putrajaya bagi menghadiri majlis pada petang tersebut.
 
Untuk meraikannya, sebuah majlis ringkas telah diadakan pada 25 Mac 2016 bagi memasyhurkan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Lebih menarik, majlis ini turut mengundang kedua-dua mantan pengetua sebelumnya (Encik Hadi dan Tuan Haji Sulaiman) untuk menyampaikan ucapan mereka, dengan pemasyhuran dilakukan Encik Osman bin Bahari, Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang.
 
Kedua-dua mereka mengakui bahawa sekolah ini berjaya membuktikan bahawa SESTA sudah cukup layak untuk memegang status berkenaan, tetapi turut memberi peringatan bahawa mempertahankannya lebih susah daripada memperolehinya.
[[Fail:Sestasbt2503.jpg|centre|thumb|550x550px|Wajah-wajah peneraju utama SESTA yang telah banyak menyumbang. Dari kiri: Cik Hajah Ainun Marziah Abdul Rahman (PK Kokurikulum), Encik Zulkarnain Zainal Abidin (PK Pentadbiran dan Akademik), Encik Osman Bahari (Pegawai PPD Batang Padang), Tuan Haji Sulaiman (Pengetua SESTA 2013-2015, kini Pegawai PPD Hilir Perak), Encik Hadi Mat Dain (Pengetua SESTA 2010-2012, kini pengetua SMK Seri Bahagia, Temerloh), Tuan Haji Rezazali Ahmad Ansar (Pengetua SESTA sekarang) dan Encik Safarim Salim (PK Hal Ehwal Murid)]]
 
== Perasmian ==
Pada 14 Oktober 2019, Sekolah Menengah Sains Tapah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, [[Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah]] di Dewan Seri Bitara (dahulunya dikenali sebagai Dewan SESTA). Acara ini juga bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak.<ref>[http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1778732&fbclid=IwAR3CmkXYiuWU-DLJMJklUNC6RMV9sTU1vpwtMw9z1VrcK_AHAJmmv3QG0tk#.XaQDRXn4KSI.facebook]</ref>