Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
Selepas berkahwin dengan Marcel, kehidupan Angeline mulai berubah apabila dia dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella Salcedo. Walaupun dirinya tidak disenangi oleh ibu mertuanya, namun Angeline tetap bersabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak menantu yang baik. Malangnya, akibat kebencian dan perbuatan kejam Stella, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil semula.
 
Lima tahun berlalu, Marcel mulai tertekan apabila dia terlalu menginginkan kehadiran seorang anak kerana sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Keadaan itu membuatkan rumahtangga mereka mulamulai dilanda pelbagai masalah dan dia mulamulai bersikap dingin denganterhadap Angeline. Sementara itu, Heidi kini telah pulang daripada [[Perancis]] dan kembali sebagai seorang wanita anggun dan berkerjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.
 
Angeline mula mengesyaki Marcel berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain dibelakangnya. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa wanita simpanan suaminya itu adalah Heidi, iaitu orang yang dianggap seperti adiknya sendiri selama ini. Marcel pada mulanya ingin memutuskan hubungan dengan Heidi namun dia berubah fikiran setelah dia mengetahui bahawa Heidi telahpun hamil anaknya. Marcel juga kini dihasut oleh Heidi agar tidak mempedulikan Angeline yang juga kini hamil anak kedua mereka.