Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55:
Angeline mula mengesyaki Marcel berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain dibelakangnya. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa wanita simpanan suaminya itu adalah Heidi, iaitu orang yang dianggap seperti adiknya sendiri selama ini. Marcel pada mulanya ingin memutuskan hubungan dengan Heidi namun dia berubah fikiran setelah dia mengetahui bahawa Heidi telahpun hamil anaknya. Marcel juga kini dihasut oleh Heidi agar tidak mempedulikan Angeline yang juga kini hamil anak kedua mereka.
 
Sementara itu, Heidi yang juga mengetahui Angeline kembali hamil kemudian membawa Angeline ke sebuah klinik dan memaksa agar Angeline mengugurkan kandungan tersebut disana. Namun begitu, Angeline berkeras untuk tetap mempertahankan kandungannya itu. Angeline kemudian bertindak melarikan diri daripada klinik tersebut dan Heidi mulai mengejarnya. Mereka kemudian bertengkar lalu berlakunya pergelutan diantara mereka. Dalam pergelutan itu Angeline telah jatuh lemas kedalam laut. Heidi yang berasa panik ketikamelihat kejadian itu kemudian beredar pergi lalu meninggalkan Angeline yang sedang lemas dilaut tersebut.
 
Disaat itu juga Angeline sempat diselamatkan oleh Nigel Armada yang juga kebetulan berada disitu untuk mencari Chantal Armada, iaitu adiknya yang lemas dilaut tersebut. Nigel kemudian bergegas membawa Angeline ke hospital. Setelah kembali sedar, Angeline mendapati dirinya mengalami keguguran buat kedua kalinya dan hal itu membuatkan Angeline berasa tertekan lalu bertekad untuk tetap meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi. Kesempatan itu akhirnya tiba apabila dia bertemu dengan Yolanda Armada, iaitu wanita kaya raya yang menguruskan ''House of Armada'', iaitu sebuah syarikat kecantikan yang terkenal di [[Filipina]]. Yolanda juga merupakan ibu angkat kepada Nigel, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.