Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 59:
Disaat itu juga Angeline sempat diselamatkan oleh Nigel Armada yang juga kebetulan berada disitu untuk mencari Chantal Armada, iaitu adiknya yang membunuh dirinya dilaut tersebut. Nigel kemudian bergegas membawa Angeline ke hospital. Setelah kembali sedar, Angeline mendapati dirinya mengalami keguguran buat kedua kalinya dan hal itu membuatkan Angeline berasa sedih dan tertekan lalu bertekad untuk tetap akan meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi. Kesempatan itu akhirnya tiba apabila dia bertemu dengan Yolanda Armada, iaitu wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan ''House of Armada'', iaitu sebuah syarikat kecantikan yang terkenal di [[Filipina]]. Yolanda merupakan ibu kandung kepada Chantal dan juga ibu angkat kepada Nigel, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.
 
Yolanda yang mendapati nasib malang yang menimpa Angeline kini hampir sama dengannya suatu ketika dahulu membuatkan dia terus bertekad untuk membantu Angeline membalas dendam. Ini kerana Yolanda juga mempunyai sejarah kelam dengan Romeo Salcedo, iaitu bapa mertua Angeline dan ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya itu. Demi memastikan rancangan mereka itu berjalan lancar, Yolanda memberikan Angeline identiti baru dan mengubah penampilannya menjadi seorang wanita sofistikated agar tiada sesiapa yang mengenali Angeline.
 
Angeline kini kembali dengan identiti baru sebagai Chantal Gonzales. Dia bertekad untuk menggoda Marcel dan ingin menghancurkan hidup Heidi. Disaat awal pertemuan mereka, Marcel berasa terkejut apabila bertemu dengan Chantal, iaitu wanita yang seiras dengan Angeline. Ini kerana dia percaya bahawa Angeline telah mati lemas dan kini dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita misteri yang bernama Chantal. Manakala Heidi yang juga kini bertemu dengan Chantal mula berasa curiga dan yakin bahawa Chantal adalah Angeline. Namun, Chantal berpura-pura seolah-olah tidak mengenalinya dan sedaya upaya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya sebelum kesemua rancangannya untuk membalas dendam terlaksana. Chantal berterusan menggoda Marcel kerana dia juga ingin Heidi merasakan sakit hati yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu. Sementara itu, Heidi kini mendapati dirinya tidak hamil, melainkan menghidapi penyakit ketumbuhan dirahim. Disebabkan itu, Heidi bertekad terus berpura-pura hamil agar Marcel terus bersamanya. Masa terus berlalu, Marcel kini semakin tergoda dengan Chantal dan keadaan itu membuatkan hubungannya dengan Heidi semakin dingin, apatah lagi setelah dia mengetahui bahawa Heidi sebenarnya berpura-pura hamil.