Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 61:
Yolanda yang mendapati nasib malang yang menimpa Angeline hampir sama dengannya suatu ketika dahulu membuatkan dia terus bertekad untuk membantu Angeline bagi membalas dendam. Ini kerana Yolanda juga mempunyai sejarah kelam dengan Romeo Salcedo, iaitu bapa mertua Angeline dan ingin membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya itu. Demi memastikan rancangan mereka itu berjalan dengan lancar, Yolanda memberikan Angeline identiti baru dan mengubah penampilannya menjadi seorang wanita sofistikated agar tiada sesiapa yang mengenali Angeline.
 
Angeline kini kembali dengan identiti baru sebagai Chantal Gonzales. Dia bertekad untuk menggoda Marcel dan ingin menghancurkan hidup Heidi. Disaat awal pertemuan mereka, Marcel berasa terkejut apabila bertemu dengan Chantal, iaitu wanita yang seiras dengan Angeline. Ini kerana dia percaya bahawa Angeline telah mati lemas dan kini dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita misteri yang bernama Chantal. Manakala Heidi yang juga kini bertemu dengan Chantal mula berasa curiga dan yakin bahawa Chantal adalah Angeline. Namun, Chantal berpura-pura seolah-olah tidak mengenalinya dan sedaya upaya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya sebelum kesemua rancangannya untuk membalas dendam terlaksana. Chantal berterusan menggoda Marcel kerana dia juga ingin Heidi merasakan sakit hati yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu. Sementara itu, Heidi kini mendapati dirinya tidak hamil, melainkan menghidapi penyakit ketumbuhan dirahim. Disebabkan itu, Heidi bertekad terus berpura-pura hamil agar Marcel terus bersamanya. Masa terus berlalu, Marcel kini semakin tergoda dengan godaan Chantal dan keadaan itu membuatkan hubungannya dengan Heidi menjadi semakin dingin, apatah lagi kini setelah dia mengetahui bahawa Heidi sebenarnya berpura-pura hamil.
 
Chantal yang kini mengetahui akan keadaan Heidi itu kemudian mulai mengambil kesempatan itu dengan merancang pelbagai rancangan licik untuk membalas dendam dan ingin menjatuhkan Marcel dan Heidi. Chantal juga berjaya memperdayakan Romeo, iaitu ayah Marcel agar menyerahkan seluruh harta milik keluarga Salcedo kepadanya dengan menandatangani perjanjian dengan syarikat mereka. Chantal juga berjaya mengambil alih ''Bella France'', iaitu syarikat kecantikan milik Heidi dengan bantuan Yolanda. Setelah kesemua rancangannya itu berjaya, Chantal akhirnya mulai mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Angeline setelah dia berhasil membuatkan Heidi, Marcel dan keluarga mertuanya kini menjadi miskin.