Temptation of Wife (siri TV 2012): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 63:
Angeline kini kembali dengan identiti baru sebagai Chantal Gonzales. Dia bertekad untuk menggoda Marcel dan ingin menghancurkan hidup Heidi. Disaat awal pertemuan mereka, Marcel berasa terkejut apabila bertemu dengan Chantal, iaitu wanita yang seiras dengan Angeline. Ini kerana dia percaya bahawa Angeline telah mati lemas dan kini dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita misteri yang bernama Chantal. Manakala Heidi yang juga kini bertemu dengan Chantal mula berasa curiga dan yakin bahawa Chantal adalah Angeline. Namun, Chantal berpura-pura seolah-olah tidak mengenalinya dan sedaya upaya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya sebelum kesemua rancangannya untuk membalas dendam terlaksana. Chantal berterusan menggoda Marcel kerana dia juga ingin Heidi merasakan sakit hati yang pernah dirasakannya suatu ketika dahulu. Sementara itu, Heidi kini mendapati dirinya tidak hamil, melainkan menghidapi penyakit ketumbuhan dirahim. Disebabkan itu, Heidi bertekad terus berpura-pura hamil agar Marcel terus bersamanya. Masa terus berlalu, Marcel kini semakin tergoda dengan godaan Chantal dan keadaan itu membuatkan hubungannya dengan Heidi menjadi semakin dingin, apatah lagi kini setelah dia mengetahui bahawa Heidi sebenarnya berpura-pura hamil.
 
Chantal yang kini mengetahui akan keadaan Heidi itu kemudian mulai mengambil kesempatan itu dengan merancang pelbagai rancangan licik untuk membalas dendam dan ingin menjatuhkan Marcel dan Heidi. Chantal juga berjaya memperdayakan Romeo, iaitu ayah Marcel agar menyerahkan seluruh harta milik keluarga Salcedo kepadanya dengan membeli saham serta menandatangani perjanjian dengan syarikat mereka. Chantal juga berjaya mengambil alih ''Bella France'', iaitu syarikat kecantikan milik Heidi dengan bantuan Yolanda. Setelah kesemua rancangannya itu berjaya, Chantal akhirnya mulai mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Angeline setelah dia berhasil membuatkan Heidi, Marcel dan seluruh keluarga mertuanyaSalcedo kini menjadi miskin.
 
Marcel kemudian akhirnya sedar lalu mencuba untuk mendapatkan semula hati isterinya namun ketika itu Angeline sudah bertekad untuk menuntut cerai dengan Marcel. Pelbagai cara Marcel lakukan untuk kembali dengan Angeline namun Angeline tetap berkeras hati enggan kembali kepada Marcel disebabkan kini dia sedar bahawa dia telahpun jatuh cinta dengan Nigel. Sementara itu, penyakit Heidi kini semakin kritikal dan sudah berada ditahap 4. Mengetahui bahawa hayatnya tidak lama lagi, Heidi bertekad ingin membunuh Angeline buat kali terakhir. Disebabkan itu Heidi bertindak menculik Angeline dan ingin membunuhnya. Bagaimanapun, berlakunya pergelutan diantara Angeline dan Heidi dimana ketika itu Heidi ingin menembak Angeline dengan pistol ditangan kemudian tertembak Marcel yang ketika itu ingin menyelamatkan Angeline. Marcel akhirnya mati dipangkuan Angeline dan sempat meminta maaf diatas kesilapannya selama ini. Manakala Heidi kini dipenjarakan. Selepas kematian Marcel, Angeline enggan melawat Heidi dipenjara disebabkan dia masih menyimpan perasaan marah dengan Heidi namun setelah dia mengetahui bahawa Heidi kini menghidapi penyakit yang membawa maut, membuatkan dia menemui Heidi dipenjara. Sewaktu dipenjara, Heidi sempat meminta maaf dengan Angeline dan sesudah itu, Heidi meninggal. Setelah kematian Heidi, Angeline dan Nigel akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.
 
==Pelakon==