Perbezaan antara semakan "Headwind"

92 bait ditambah ,  7 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
== 1977-1984 : Sejarah Awal ==
Kumpulan Headwind telah ditubuhkan pada tahun 1977 oleh seorang pemain bass yang dikenali sebagai Din dan disertai oleh 4 anggota lain iaitu [[Zainal Abidin Mohamad|Zainal]] (trombon), Zulkif (gitar utama), Razak (dram), Man Senoi (keyboard) dan Ron Kellapan (vokal). Nama Headwind sebenarnya diambil daripada dua perkataan Inggeris iaitu ''Head'' yang bermaksud kepala dan ''Wind'' yang bermaksud angin, menjadikan kumpulan ini turut dikenali sebagai kumpulan ''Kepala Angin''. Pada awalnya, mereka bekerja di Club Med dan sekali-sekala bermain muzik di kelab-kelab malam di seluruh tanah air selama beberapa tahun.Zulkif pernah menjadi permain gitar terbaik di rantau Asia untuk di arena kelab-kelab malam.
 
Setelah beberapa ketika, Din telah meninggalkan kumpulan ini akibat perselisihan faham dengan anggota lain dan tempatnya kemudian digantikan oleh seorang pemain bass berbangsa Cina bernama Iginatiu Gerard Ooi atau lebih dikenali sebagai Nicky Ooi. Pada masa yang sama penyanyinya, Ron telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke [[Jerman]] dan pihak pengurusan Club Med meminta Zainal, Zulkif dan bekas anggota [[kumpulan Carefree]], Raja Rashid atau Wan untuk menjadi penyanyi dalam kumpulan Headwind semata-mata untuk mereka meneruskan kontrak persembahan bersama kelab tersebut. Sebagai sebuah kumpulan muzik yang berbakat besar dan mempunyai karisma yang tersendiri, bakat mereka telah dikesan oleh pihak pengurusan Polygram Records, seterusnya ditawarkan kontrak untuk menghasilkan album di bawah syarikat yang berpangkalan di negara seberang tambak itu.<ref>[https://books.google.com.my/books?id=-I2PCwAAQBAJ&pg=PT255&dq=headwind,+Ekamatra&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjFreHgkJbdAhWPXisKHfOtBb0Q6AEIKTAA#v=onepage&q=headwind%2C%20Ekamatra&f=false Global Glam and Popular Music: Style and Spectacle from the 1970s to the 2000s, edited by Ian Chapman, Henry Johnson]</ref>
Pengguna awanama