Sihir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5:
{{cquote|
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada [[Allah]], maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum [[Nabi Musa]] AS seperti bangsa [[Qibti]] dan [[Kaldani]].
}}
 
== Sihir dalam sejarah masyarakat dahulu ==
Antara perkara yang dijumpai dalam catatan [[Mesir purba]] adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata [[Isis]] dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir<ref>Abdul Razak Naufal, ''Tarut: Wa Sihir Harut Marut'', ms. 6, Pustaka Nasional, 1982</ref>:
{{cquote|
Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.
}}