Asparagus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jawi bukan tulisan utama WBM, maka ejaan tajuk entri dengan tulisan ini tidak perlu ditebalkan
Baris 15:
| binomial_authority = [[Carolus Linnaeus|L.]]
}}
'''Asparagus''' ({{Jawi|'''أسڤاراݢوس'''}}) adalah [[tumbuhan saka]] berbatang kecil yang berasal dari daerah timur [[Mediterranean]], tetapi juga [[tumbuhan asli]] di kebanyakan negara [[Eropah]], utara [[Afrika]] dan barat [[Asia]]. Ia juga diklasifikasikan sebagai [[sayur|sayur-sayuran]] kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Ia kaya dengan [[zat besi]], [[kalsium]], [[fosforus]], [[natrium]], [[kalium]], [[vitamin]] A dan C dan [[niasin]].
 
Di kawasan [[Asia Tenggara]], asparagus ditanam di [[Malaysia]], [[Indonesia]] dan [[Thailand]] iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di [[Cameroon Highland]] dan [[Kundasang]] dengan anggaran keluasan direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Penanaman asparagus dunia ialah sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan [[Amerika Utara]] (52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan [[Asia]] (20,000 ha) setiap tahun. Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas diusahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) iaitu 85% adalah pengeluaran asparagus hijau dan 15% asparagus putih. Di Indonesia, kawasan seluas 1,000 hektar asparagus ditanam setiap tahun iaitu 60% untuk asparagus hijau dan 40% asparagus putih.