Sinar inframerah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Gelombang Inframerah dan Milimeter digunakan dengan meluas sebagai saluran [[komunikasi]] jarak dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (''remote control'') bagi [[televisyen]], [[radio]] dan sebagainya.
 
Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi atau [[rangkaian kawasan setempat]] (''local area network'', LAN). Pengguna boleh memasang pemancar dan penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada. [https://www.neonics.co.th/%E0%B8%AA%E0%B8%B4%E0%B8%99%E0%B8%84%E0%B9%89%E0%B8%B2%E0%B8%AB%E0%B8%A5%E0%B8%B1%E0%B8%81/infrared-thermometer]
 
Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan ''plug in'' untuk perlaksanaan ini. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang, kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ia tidak mudah tersebar kepada media gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas sebarang data oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan.