Jangan Pandang Belakang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
}}
 
'''Jangan Pandang Belakang''' ialah sebuah [[filem]] seram [[Malaysia]] yang mula ditayangkan pada [[5 April]] [[2007]]. Filem ini ditayangkan di 51 buah panggung di Malaysia dengan 55 salinan filem malah ditayangkan di beberapa negara luar seperti [[Brunei]], [[Singapura]] (bermula pada [[3 Mei]] 2007 di 13 panggung) serta menjadi filem Melayu pertama di tayangkan di [[Filipina]] pada [[20 Mei]] 2007 (tanpa alihbahasaalih suara dengan sarikata [[bahasa Tagalog]]).
 
Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di [[Malaysia]] sebanyak RM 6.33 juta (sehingga 6 Mei 2007) dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Brunei]]. Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero [[Cicak-Man]] yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam [[Festival Filem Malaysia]] ke-20 di [[Pulau Pinang]] pada [[2007]] filem ini memenangi anugerah Box Office.