Daeng Parani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Austronesier (bincang | sumb.)
k link fix
Baris 1:
'''Opu Daeng Parani ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibni Raja Opu La Maddusila''' ('''Raja Bugis Di Luwuk''') (meninggal dunia sekitar 1726) ialah saudara tertua daripada lima adik-beradik bangsawan [[Suku Bugis|Bugis]] [[Luwu]]k dari [[Sulawesi]], yang pernah menubuhkan dominasi politik ke atas para diraja di [[Semenanjung Melayu]].<ref name="Falarti"/>
 
Daeng Parani secara khas terlibat dalam politik [[Kesultanan Johor]] pada awal abad ke-18. Beliau terbunuh di [[Kedah]] akibat terkena tembakan semasa memimpin peperangan melawan tentera [[Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah]] (Raja Kecil).<ref name="Falarti">Falarti, Maziar Mozaffari (2012), "[http://books.google.co.id/books?id=oWy8DvqG-iEC&pg=PA141&dq=opu+daeng+parani&hl=en&sa=X&ei=HPfwUdquD4rqrAeRyICQAw&redir_esc=y#v=onepage&q=opu%20daeng%20parani&f=false Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society]", Rowman & Littlefield, ISBN 0739168428, 9780739168424, hlmn. 141. Capaian 25 Julai 2013.</ref> Ketika kapal perang Bugis melewati kubu Raja Kecil, beliau ditembak di atas kurung kapal tersebut. Berang atas kematian penghulu mereka, orang Bugis telah melanggar kubu tersebut lantas membunuh setiap orang Kedah dan Siak yang ditemui.<ref>{{Cite journal|author-link=Richard Olaf Winstedt|year=1936|title=NOTES ON THE HISTORY OF KEDAH.|url=http://www.jstor.org/stable/41559857.|journal=Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society|language=en|volume=14|pages=178|via=JSTOR}}</ref>
 
Makam Daeng Parani terdapat di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, [[Sungai Petani]], Kedah.<ref>{{cite web | url=http://asalbayu-kutipan.blogspot.com/2008/09/jadikan-lokasi-makam-daeng-perani.html |title=Jadikan Lokasi Makam Daeng Perani Produk Pelancongan |author=Asalbayu |date=21 September 2008 |website=http://asalbayu-kutipan.blogspot.com |publisher= |accessdate=25 Julai 2013}}</ref>{{Tentu sahkan kebolehpercayaan}}