Kebolehdiaman planet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 202:
*Habitat '''Kelas IV''' mempunyai lapisan air cecair di antara dua lapisan ais, ataupun cecair di atas ais.
*:Jika lapisan air cukup tebal, maka air pada asasnya akan berada dalam fasa pepejal (polimorfa ais) disebabkan tekanan tinggi. [[Ganymede (bulan)|Ganymede]] dan [[Callisto (bulan)|Callisto]] mungkin tergolong dalam kelas ini, kerana lautan-lautannya dipercayai dilitupi lapisan ais tebal. Dalam keadaan sebegini, hidupan yang paling ringkas pun amat sukar hendak menjelma kerana bahan-bahan yang perlu untuk kehidupan akan dilunturkan sama sekali.
 
== Kejiranan galaksi ==
 
Di samping ciri-ciri planet dan sistem najamnya, seluruh persekitaran galaksi mungkin juga mengesani kebolehdiaman. Para saintis mengambil kira kemungkinan bahawa sesetengah kawasan tertentu lebih sesuai didiami daripada kawasan-kawasan lain dalam sesebuah galaksi; Sistem Suria yang kita diami, yang terletak di [[Lengan Orion]], di tepian galaksi Bimasakti, dianggap berada dalam kawasan yang sesuai untuk kehidupan:<ref>{{cite web |first=Leslie |last=Mullen |url=http://www.astrobio.net/news/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=139 |title=Galactic Habitable Zones |date=18 May 2001 |publisher=Astrobiology Magazine |access-date=5 August 2007 }}</ref>
* Ia tidak berada di dalam [[kelompok globul]] di mana ketumpatan bintang yang amat tinggi memudaratkan hidupan disebabkan sinaran dan gangguan graviti berlebihan. Kelompok globul juga terdiri terutamanya daripada bintang yang tua-tua dan barangkali miskin logam. Lebih-lebih lagi, di kelompok globul, Lebih-lebih lagi, usia bintang yang lanjut bererti adalah terlalu berbahaya untuk sebarang hidupan yang terbentuk di planet disebabkan bintang perumah mahupun bintang-bintang jiran akan sudah mengalami terlalu banyak [[evolusi najam]].
* Ia tidak berdekatan dengan punca [[gamma ray]] yang aktif.
* Ia tidak berdekatan dengan pusat galaksi di mana ketumpatan bintang sekali lagi meningkatkan kemungkinan pengionan sinaran (contohnya, dari [[magnetar]] dan [[supernova]]). Juga dipercayai terletaknya [[lohong hitam supermasif]] di tengah-tengah galaksi yang mungkin membahayakan sebarang jasad berdekatan.
* Orbit Matahari yang bulat mengitari pusat galaksi, menghindarkan Matahari dari ditimpa lengan pilin galaksi di mana sinaran dan gravitasi yang melampau sekali lagi mungkin akan menyebabkan gangguan kepada hidupan.<ref>[[#Ward|Ward]], pp. 26–29.</ref>
 
Oleh yang demikian, sebarang sistem najam yang hendak menampung hidupan haruslah terletak di kawasan yang cukup terpencil dari sistem-sistem lain dalam galaksi. Andaikan Matahari terhimpit di kalangan sistem-sistem lain, maka kemungkinan terlalu hampir dengan punca sinaran berbahaya akan meningkat secara mendadak. Lebih-lebih lagi, jiran-jiran terdekat mungkin akan mengganggu kestabilan pelbagai jasad berorbit seperti objek-objek [[awan Oort]] and [[lingkaran Kuiper]], dan ini akan mengundang malapetaka jika berlaku di tengah Sistem Suria.
 
Hidupan di planet sukar terbentuk bukan sahaja jika planetnya terletak berhimpit dengan bintang-bintang lain, bahkan juga jika letaknya terlalu jauh terpencil. Bintang yang sekaya logam dengan Matahari tidak mungkin terbentuk di kawasan yang paling jauh di pinggiran Bimasakti disebabkan penurunan dalam kelimpahan relatif logam serta kurangnya pembentukan bintang. Oleh itu, lokasi "pinggir kota" seperti yang dinikmati Sistem Suria kita, adalah lebih baik daripada kawasan pusat mahupun jangkauan terjauh sesebuah galaksi.<ref>{{cite journal |last=Dorminey |first=Bruce |date=July 2005 |title=Dark Threat |journal=[[Astronomy Magazine|Astronomy]] |pages=40–45 |bibcode=2005Ast....33g..40D |volume=33|issue=7 }}
</ref>
 
== Catatan ==