Permaisuri balu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Akuindo (bincang | sumb.)
Baris 7:
[[Bonda ratu]] ialah sejenis permaisuri balu tertentu yang pada masa yang sama juga adalah seorang bekas raja permaisuri dan bonda kepada dari raja semasa. Oleh itu, setiap bonda ratu adalah dengamengikut takrifannya juga permaisuri balu. Walau bagaimanapun, tidak semua permaisuri permaisuri ialah bonda ratu; mereka mungkin mempunyai hubungan selain daripada bonda kepada raja yang memerintah, seperti bonda saudara atau nenenda. Sebagai contoh, Mary, Ratu Scotland, ialah seorang permaisuri balu Perancis selepas kematian suaminya [[François II dari Perancis|Francis II]], yang mana dia tidak mempunyai anak. Begitu juga, [[Adelaide dari Saxe-Meiningen]] adalah permaisuri balu selepas suaminya [[William IV dari United Kingdom|William IV]] digantikan oleh [[Ratu Victoria|Victoria]] anaanda saudaranya.
 
Tidak semua ibu seorang raja yang memerintah menjadi seorang bonda ratu atau permaisuri balu.. Sebagai contoh, ibu [[Ratu Victoria|Ratu Victoria dari United Kingdom]], Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld, tidak pernah menjadi seorang permaisuri balu kerana suaminya, Edward Augustus, Duke of Kent, tidak pernah menjadi raja. Begitu juga ibu-ibu raja, kedua-dua Augusta dari Saxe-Gotha dan Srinagarindra dari Thailand tidak digelar permaisuri balu kerana suami masing-masing, Frederick, Putera Wales dan [[Mahidol Adulyadej|Mahidol Adulyadej, Putera Songkhla]], tidak pernah menjadi raja. Sebaliknya, Augusta memegang gelaran "''Dowager Princess of Wales''"; manakala, Srinagarindra menerima gelaran "Bonda Puteri".
 
Akhir sekali, mungkin ada seorang ibu ratu dan seorang atau lebih permaisuri balu yang hidup pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku di [[alam Komanwel]] dalam tempoh antara pelantikan [[Elizabeth II|Ratu Elizabeth II]] pada 6 Februari 1952 dan kemangkatan nenendanya pada 24 Mac 1953. Selama lebih dari setahun, terdapat tiga permaisuri yang hidup:
Baris 15:
* [[Mary dari Teck|Ratu Mary]], balu [[George V dari United Kingdom|Raja George V]], bonda mantan raja [[Edward VIII dari United Kingdom|Edward VIII]] (ketika itu Duke Windsor) dan mendiang Raja George VI. Ratu Mary telah menjadi Bonda Ratu antara kematian suaminya pada tahun 1936 dan kenaikan takhta cucundanya, Ratu Elizabeth II, pada tahun 1952. Selepas kenaikan takhta cucunda perempuannya, Ratu Mary menjadi Nenenda Ratu. Walau bagaimanapun, beliau terus digelar ''Her Majesty Queen Mary'' .
 
Seorang permaisuri balu terus menikmati gelaran, panggilan, dan keutamaan seorang permaisuri. Walau bagaimanapun, banyak bekas raja permaisuri tidak menggunakan perkataan "balu" secara rasmi sebagai sebahagian daripada gelaran mereka.
 
==Pemegang==