Perbezaan antara semakan "Sastera Melayu"

77 bait ditambah ,  5 bulan lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
 
==Kehilangan kesusasteraan Melayu==
Banyak hasil kesusasteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusasteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya (Srivijaya) serta kedatangan agama [[Islam]] ke alam [[Melayu]], yang membawa kepada lenyapnya segala naskhah-naskhah kesusasteraan Melayu yang kebanyakannya berasal dari zaman Hindu dahulu.
 
Selain itu turut disebabkan kerana istana raja ialahyang menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya sudah musnah binasa dijilat api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan MansorMansur Shah seperti yang tersebut kisahnya di dalam buku [[Sejarah Melayu]] yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah bangunan kerajaan Sang Nila Utama telah dibakar.
 
Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskhah-naskhah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka kalah kepada Ferringhi (orang asing dari Barat). Banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana [[Alfonso de Albuquerque]] dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang [[Melaka]].
Menurut keterangan [[Abdullah Abdul Kadir Munshi]] dalam hikayatnya, nyatalah amat banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-tulisan di atas daun lontar.
 
Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada [[Thomas Stamford Raffles|tuan Raffles]], kerana ada tersebut di dalam buku yang bernama “ Raffles “ of Singapore karangan Reginald Coupland, mengatakan bahawa berbagai-bagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke [[England]] beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah segala naskhah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebagainya yang telah disimpan ke dalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada Bencoolen. (Bangkahulu, Indonesia)
 
[[Kategori:Kesusasteraan Melayu|*]]
67

suntingan