Rama-rama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 13:
 
== Perbezaan dengan kupu-kupu ==
[[Kupu-kupu]] dan rama-rama boleh tampak samar-samar sama apabila diperhatikan dari jauh sehingga dikelirukan dan bertindih pengungkapan ia. Perbezaan fizikal utama ialah pada [[sesungut]]: kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen langsing dan berbentuk belantan di hujungnya sementara sesungut rama-rama pula lebih berbulu.<ref name="MajalahSains"/> Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan [[sayap]]nya apabila berehat sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Sayap rama-rama juga cenderung berwarna pudar kusam memudahkan [[penyamaran]] dalam persekitaran sekeliling berbanding kupu-kupu yang mempunyai corak warna-warni dan benderang.<ref name="MajalahSains">{{Cite magazine|last=Intan Fazria Ridwan|last2=Chong Ju Lian|date=3 Jun 2019|title=Rama-Rama & Keunikannya|url=https://www.majalahsains.com/rama-rama-keunikannya/|magazine=Majalah Sains}}</ref>
 
Kebanyakan kupu-kupu [[diurnal|aktif pada siang hari]] manakala rama-rama [[nokturnal|aktif pada malam hari]].