Parti politik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tofeiku (bincang | sumb.)
k ikut dasar bahasa WBM
Baris 1:
{{Politik1}}
'''Parti politik''' ({{Small|Mal., Sin.}}, daripada peminjaman bahasa Inggeris ''party'') atau '''partai''' '''politik''' ({{Small|Mal., Ind.}}, daripada peminjaman bahasa Belanda ''partij'') ialah suatu pertubuhan [[politik]] di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk [[kerajaan]], supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh [[rakyat]] jelata. Oleh itu, ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam [[pilihan raya]]. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.
 
Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu [[hak asasi manusia]] iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan [[totalitarianisme]] kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti pembangkang.