Lundang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Long Muhammad (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 146:
Pembukaan Kampung Lundang bermula pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1762 oleh seorang pembesar tertinggi negeri Kelantan yang masyhur dalam sejarah tradisional Kelantan yang digelar Mandur Mis dengan baginda adalah menjadi Raja Lundang pertama.
 
Nama sebenar Mandur Mis ialah Tuan Khomis Bin Tuan Kundur. Beliau adalah kekanda sulung kepada Che Tuan Namah yang menjadi isteri kepada Penghulu Adas, Tuan Wan Ramat iaitu datuk kepada Tuan Abdul Rahman Muda yang menjadi Mufti Kelantan di zaman awal pemerintahan Sultan Muhammad II dan Tuan Membunga.
 
Ayahanda Mandur Mis iaitu [[Tuan Kundur]] (Raja Long Ain) adalah berjawatan Raja Muda semasa pemerintahan nendanya, Raja Tuan Besar [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] Ibni Datu Pengkalan Tua Patani yang memerintah Kelantan pada tahun 1721-1733. Raja Muda Tuan Kundur ini ialah anakanda sulung Raja Tuan Besar [[Tuan Besar Long Bahar|Long Bahar]] dengan isterinya yang kedua, iaitu [[Raja Pah Binti Sultan Umar]] Jembal.