Frekuensi sangat tinggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Frekuensi sangat tinggi''' atau '''frekuensi amat tinggi''' ({{lang-en|'''Very high frequency'''}}, '''VHF''') ialah julat [[frekuensi radio]] dari 30 [[megahertz|MHz]] hingga 300 [[megahertz|MHz]]. VHF juga dikenali sebagai '''jalur meter''' atau '''gelombang meter''' kerana julat lebar jalurnya adalah dari sepuluh hingga satu [[meter]]. Frekuensi-frekuensi terdekat di bawah VHF ditandakan [[Frekuensi tinggi|HF]], manakala frekuensi-frekuensi terdekat dikenali sebagai [[frekuensi ultra tinggi]] (UHF).
 
VHF selalu digunakan untuk siaran [[radio FM]] pada 88–108 MHz dan siaran [[televisyen]] (bersama [[frekuensi ultra tinggiUHFtinggi|UHF]]). VHF juga sering digunakan untuk sistem pengemudian terestrial (khususnya [[Julat semua arah VHF|VOR]]), [[radio VHF marin|komunikasi marin]], dan komunikasi pesawat.
 
Ciri-ciri [[Penyebaran radio|penyebaran]] frekuensi-frekuensi VHF sesuai untuk komunikasi terestrial jarak pendek, dengan julat biasanya lebih jauh daripada garis penglihatan pemancar (lihat rumus di bawah). Berbeza dengan frekuensi tinggi (HF), ionosfera biasanya tidak memantul radio VHF, maka pemancaran terhad pada kawasan setempat. VHF juga kurang terjejas oleh hingar atmosfera dan gangguan daripada kelengkapan elektrik berbanding frekuensi rendah. Meskipun lebih mudah terhalang oleh ciri-ciri tanah berbanding HF dan frekuensi lebih rendah, VHF kurang terjejas oleh bangunan dan objek-objek besar lain berbanding frekuensi lebih tinggi.